Pages

Saturday, October 11, 2008

Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah Dahului Senarai 642 Penerima Darjah Kebesaran Negeri

KOTA KINABALU, 11 Okt -- Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Suffian Koroh mendahului senarai 642 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena sambutan ulang tahun ke-62 Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Ahmadshah Abdullah hari Sabtu.

Beliau adalah antara empat penerima Darjah Kebesaran Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.

Tiga penerima SPDK lagi ialah Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Datuk Abdul Aziz Jaafar, ahli perniagaan Datuk Koh Kin Chee dan ahli perniagaan Datuk Andrew Liew Sui Fatt.

Seramai 48 pula dianugerahkan Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk.

Mereka ialah Menteri Belia dan Sukan Negeri Peter Pang En Yin, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Negeri Jahid Jahim, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Edward Yong Oui Fah, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut Mohd Ariffin Mohd Arif, ADUN Tungku Mohd Suhaili Said, anggota Parlimen Papar Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Senator Maijol Mahap dan Setiausaha agung Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Abdullah Hussin. Turut menerima anugerah PGDK ialah Pengarah Arkib Negeri Datu Tigabelas Datu Zainal Abidin, bekas Senator Isli Siput, Pengarah Pendidikan Negeri Normah Gagoh, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Infrastruktur Negeri Pg Hassanel Pg Tahir dan Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Suzannah Liaw Siew Yea.

Penerima PGDK lain ialah Abdul Aziz Derashid, Abdulfast Anthony Robert, Peguam Antony Roderic atau Manthoapil Fernandez, ahli perniagaan Arshad Idris, Datin Bibiana Sakinajan Yacub Khan, Chang Kuan Hiong atau Dr Johnson Tee, Jurutera Chong Hong Len, Edward Lee Ming Foo, Flora Mary Evaritus, Ghulam Khan Bachee Khan, Hanafiah Kreah, Hing Chi Chiang, Ismail Abdullah, Kapten James Matthew Anggang, Puan Sri Jamilah Ibrahim, Jirin Saliun, Jublee KK Zen, Ling Kien Sing, Marcel Leiking atau Marshall, Mary Yap Kain Ching, Mayong Omar, Md Afendi Hamdan, Datuk Mohd Jamidan Abdullah, Mustapha Naina Maricar, Nordin Siman, Pung Yee Kiong atau Vincent Pung, Ricky Chang Kon Fah, Sia Hiong Tung, Sium Diau, Tahir Picho, Tang Liing Sing atau Tang Lung Sing, Wong Chet Sing dan Yeo Hock Ching.

Pada tahun ini, seramai 13 orang menerima Jaksa Pendamai iaitu Datuk Steven Kinson Kutai, Datuk Lian Justin Miol, Datuk Tay Jin Ju, Datuk Goh Sin Liong, Hakim Mahkamah Sesyen Duncan Sikodol, Fong Keng Sin, Ketua Pengarang The Daily Express James Sarda, Jikuli Nointin atau Anastasius, Kasim Salleh atau Sali, Lim Pang Seng atau John P. S. Lim, Poh Ping, Sadi Nasah dan Tan Kah Hock atau K. H. Hock.

Sementara itu, seramai 59 orang menerima Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) antaranya bekas Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) Sabah Latifah Md Yatim, wartawan The Daily Express Mary Chin, Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Rayner Stuel Galid, Dr Junaidi Payne atau John Brian Payne, Dr Karim Samsuri dan Allahyarham Lt Kol (B) Kassim Abdul Kadir.

Seramai 105 orang menerima Ahli Darjah Kinabalu, 154 penerima Bintang Setia Kinabalu, 187 penerima Bintang Kinabalu dan 72 orang menerima Sijil Kehormat.

-- BERNAMA

No comments:

Posting Terkini