Pages

Tuesday, December 8, 2009

MB sasar enam bulan langsai hutang Talam

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yakin kerajaan negeri mampu melangsaikan hutang Talam Corporation dalam masa sesingkat enam bulan.

Bercakap kepada media di wacana “Menyelamatkan Hutang Kerajaan Selangor”, Khalid berkata, kerajaan negeri telah berjaya membayar faedah yang dikenakan keatas hutang Talam, iaitu sebanyak RM40 ribu.

Ini bermakna, kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat berhubung kes hutang Talam Corporation tidak lagi berhutang dengan pihak bank.

“Tidak pinjaman bank itu sudah dibayar balik. Jadi maknanya tiada lagi pinjaman bank. Jadi tiada kesan,” kata beliau.

“Dalam masa satu hari. Lebih kurang 40 ribu, dan sudah dibayar balik 40 ribu,” katanya lagi.

Beliau menambah jika dilihat dari sudut positif, kerajaan negeri telah memiliki semua aset dan hartanah milik Talam Corporation.

Khalid turut menyangkal golongan spektik yang mempertikaikan kaedah yang digunakan untuk mengambil-alih hutang syarikat itu.

Beliau berkata kerajaan negeri komited kepada ketelusan, dan akan mengamalkan sikap cermat sepanjang proses pencairan hutang oleh kerajaan Selangor.

“Kita kata kita akan tunjukkan asas pengutipan sudah ada dan kita boleh kutip. Tapi kita akan tunjukkan bagaimana pencairan hutang itu akan dilakukan. Jadi tak jadi masalah,” tambah beliau.

Khalid berkata demikian kepada media ketika sidang media Forum Menyelamatkan Hutang Kerajaan Selangor di Shah Alam petang tadi.

No comments:

Posting Terkini