Pages

Thursday, December 17, 2009

Isteri Woods rancang mohon cerai

NEW YORK: Isteri Tiger Woods, Elin Nordegren, 29, dilaporkan akan memohon cerai dan bercadang menyambut Hari Krismas berasingan selepas pendedahan skandal seks suaminya itu, baru-baru ini.

Stesen media, ABC News, NBC News dan Majalah People, memetik sumber yang rapat dengan Elin, bahawa penceraian dengan pemain gold nombor satu dunia itu akan berlaku selepas Woods mengakui berlaku curang dengan mempunyai hubungan lebih 14 teman wanita.

“Penceraian itu 100 peratus akan berlaku," lapor ABC News dalam lamam webnya memetik seorang sumber.

"Bagaimanapun, Elin tidak tergesa-gesa untuk meminta penceraian. Dia akan mengambil masa yang dia diperlukan," kata laporan itu.

Bekas model Sweden dan tiga anaknya bersama Woods dilaporkan sudah berjumpa peguam mereka untuk meminta menyiapkan draf perjanjian penceraian berkenaan, lapor Majalah People.

"Dia merancang untuk meninggalkan Woods," kata majalah itu memetik seorang sumber.

"Dia sudah membuat keputusan dan dia tidak mungkin menukar semula keputusan itu (berpisah)," katanya. - AFP

No comments:

Posting Terkini