Pages

Thursday, December 17, 2009

Nasib Tak Mati. Kalau Tidak PRK Lagi

KUANTAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tioman, Datuk Mohd Johari Hussain, 36, cedera ringan selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terbakar di Batu 16, Jalan Pekan-Rompin, dekat Pekan, semalam.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman, berkata kejadian berlaku kira-kira 11.30 malam ketika mereka dalam perjalanan dari Pekan menuju ke Rompin selepas pulang ke kampung isterinya di Kelantan.

"Mohd Johari yang sedang memandu kenderaan itu terlelap menyebabkan kenderaan jenis Toyota Fortuner itu terbabas dan terbalik sebelum terbakar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - Bernama




No comments:

Posting Terkini