Pages

Thursday, December 17, 2009

Sekilas - Dunia

Iran jaya lancar peluru berpandu

TEHERAN: Iran semalam berhasil melancarkan peluru berpandu jarak sederhana Sejil 2 yang menurutnya boleh mengenai sasaran di Israel, lapor televisyen negara itu.

Peluru berpandu itu, yang menggunakan bahan bakar pepejal, dapat membedil sasaran sejauh 2,000 kilometer, sekali gus boleh mengenai Israel, negara Arab, sebahagin besar Turkey dan sebahagian Eropah.

Perdana Menteri Britain, Encik Gordon Brown, menyifatkan ujian itu 'membimbangkan' dan mengundang 'lebih banyak sekatan.' - AFP.

Panglima pemisah ditembak mati

TIMIKA (Indonesia): Polis Indonesia semalam menembak mati panglima gerakan pemisah Papua paling aktif, Encik Kelly Kwalik, 60 tahun, sekali gus mencetus kemarahan penduduk setempat.

Polis menembak mati panglima Organisasi Papua Merdeka (OPM) bagi daerah Mimika itu selepas beliau mengancam akan melepaskan tembakan semasa polis menyerbu sebuah rumah di Timika, kata jurucakap polis, Encik Agus Riyanto.

'Kami terpaksa menembak kerana beliau hendak menembak polis dengan sejenis revolver dan mengelak daripada ditangkap,' kata beliau. -- AFP.

Suu Kyi diizin temui pemimpin NLD

YANGON: Junta tentera Myanmar membenarkan pemimpin pembangkang Aung San Suu Kyi keluar rumah bertemu tiga anggota kanan Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD).

Beliau dibawa ke sebuah rumah penginapan di Yangon bagi rundingan dengan pengerusi NLD, Encik Aung Shwe, 90 tahun; setiausahanya, Encik Lwin, 85 tahun; dan ahli exco Encik Lun Tin, 89 tahun.

'Aung San Suu Kyi meminta kami benarkan dia menyusun semula exco. Kami terima permintaan beliau,' kata Encik Lwin. -- AFP, Reuters.

Isteri Menteri Kesihatan disoal

PUTRAJAYA: Isteri Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama empat jam kelmarin berhubung dakwaan beliau menerima kenderaan mewah berharga RM600,000 ($244,740) sebagai hadiah hari jadi Januari lalu.

Menurut laporan, Datin Seri Lee Sun Loo, menerima kereta Toyota Alphard daripada sebuah syarikat binaan yang tersenarai dalam penerima kontrak Kementerian Kesihatan.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull, mengesahkan Datin Su Loo telah dipanggil bagi membantu siasatan, tetapi enggan mengulas lanjut. -- BHM, Utusan Malaysia.

No comments:

Posting Terkini