Pages

Sunday, July 5, 2009

Cebisan luahan hati MJ

'Terlalu banyak kesedihan dalam kehidupan lampau saya. Bapa saya memukul saya. Sukar untuk mengatasi trauma dipukul, kemudian disuruh naik ke pentas. Bapa saya begitu keras, garang dan tegas.'

************

'Mereka yang membesar sebagai bintang cilik mempunyai beberapa persamaan: Ketika kecil, anda dikata comel, mereka sukakan anda. kemudian anda melalui detik yang sukar, mereka tidak menerima anda lagi. Tidak ramai yang berjaya menjadi bintang dewasa yang lebih sempurna.'

************

'Orang ingat, mereka mengenali saya tetapi sebenarnya tidak. Sebenarnya saya adalah antara orang yang paling kesunyian dalam muka bumi ini. Kadangkala saya menangis kerana hati saya terluka. Secara jujur, anda boleh katakan, sangat menyakitkan untuk menjadi seorang seperti saya.'

'Matlamat hidup saya adalah untuk memberi kepada dunia tentang apa saya sifatkan bertuah kerana saya memilikinya - iaitu kehebatan menyatukan masyarakat menerusi muzik dan tarian saya.'

************

'Hanya kerana anda membacanya atau melihatnya di kaca TV, tidak menjadikannya sebagai satu fakta. Menerima tetapi jangan menelannya.'

************

'Jika anda melangkah ke dunia ini dengan kesedaran bahawa anda disayangi dan anda meninggalkannya dengan perasaan yang sama, apa yang berlaku di antaranya, anda pasti dapat mengatasinya.'


No comments:

Posting Terkini