Pages

Sunday, July 5, 2009

Anwar mahu siasatan isu Kampung Buah Pala disegerakan

BUTTERWORTH: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu laporan siasatan mengenai isu Kampung Buah Pala disiapkan segera bagi membolehkan tindakan lanjut diambil bagi menyelesaikan isu itu.

Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) berharap Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman yang mengetuai jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri bagi mencari jalan penyelesaian isu kampung itu dapat menyiapkan laporan mengenai perkara itu dengan kadar segera.

"Kerajaan negeri tengah cari penyelesaian. Harap Mansor jangan ambil masa terlalu panjang, dalam dua atau tiga hari boleh serahkan laporan itu kepada Exco dan Ketua Menteri (Lim Guan Eng)," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di sini, hari ini.

No comments:

Posting Terkini