Pages

Friday, April 17, 2009

SEKILAS - MALAYSIA

Exco Selangor sambung tugas

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, Cik Elizabeth Wong, tiba di pejabatnya pada 9.30 pagi semalam bagi memulakan tugas sebagai Exco Selangor selepas bercuti selama dua bulan.

Kelmarin, beliau bersetuju menerima tawaran kerajaan negeri supaya kekal sebagai Exco, dan tidak perlu mengosongkan kerusi Adunnya. -- BHM.

Wakil MIC tidak keluar Kabinet

KUALA LUMPUR: Wakil Kongres India Malaysia (MIC) yang dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri tidak akan keluar dari Kabinet.

Menurut Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu, isu itu telah selesai berikutan penjelasan yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. -- Bernama.

Timbang henti bas jalan malam

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia akan menimbangkan secara serius cadangan menghentikan perjalanan bas ekspres selepas tengah malam hingga awal pagi kerana ia disifatkan sebagai relevan dalam usaha mengurangkan risiko kemalangan maut.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, kerajaan akan meneliti cadangan itu dalam usaha mengelakkan nahas berkenaan daripada kerap berlaku. -- BHM.

No comments:

Posting Terkini