Pages

Friday, April 17, 2009

BANK NEGARA M'SIA MUNGKIN SEMAK PERTUMBUHAN EKON

BANK Negara Malaysia akan menyemak ramalan pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun ini jika ekonomi bertambah baik pada suku tahun kedua, kata Gabenornya, Tan Sri Dr Zeti Akthar Aziz.

Bank itu meramalkan pertumbuhan ekonomi negara itu akan mengecut antara -1 peratus dengan 1 peratus.

Katanya, peningkatan itu juga bergantung kepada keberkesanan yang diharapkan daripada langkah global yang diumum dan dilaksanakan bagi membawa kepada kestabilan dalam separuh kedua tahun ini.

'Kita mengalami penguncupan berikutan kesan daripada faktor luaran. Bagaimanapun masih terdapat permintaan domestik yang menyokong pakej rangsangan dan menurunkan tekanan terhadap dasar monetari,' katanya kepada pemberita selepas melancarkan logo korporat Biro Kredit Syarikat Kecil Dan Sederhana.

Mengenai cadangan untuk mengantarabangsakan ringgit, beliau berkata perkara itu perlu dilakukan pada masa paling stabil dan bukan semasa keadaan tidak menentu seperti sekarang ini.

'Salah satu syarat awal untuk mengambil langkah mengantarabangsa (ringgit) ialah pasaran pertukaran asing yang kukuh dan bertenaga. Ini masih belum dicapai,' ujarnya sebagaimana dilaporkan agensi berita Bernama.

No comments:

Posting Terkini