Pages

Friday, April 17, 2009

SEKILAS - DUNIA

Merinyu nuklear PBB ke Beijing

SEOUL: Pakar nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam meninggalkan tapak loji nuklear Yongbyon di utara Pyongyang selepas diarah Korea Utara.

Ketiga-tiga merinyu daripada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) itu kemudian ke Beijing. -- AFP.

Parti Demokrat masih di depan

JAKARTA: Pengiraan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) sejauh ini menunjukkan Parti Demokrat masih di depan parti lain dalam Pilihan Raya Parlimen.

Parti Demokrat didapati memperolehi 20.35 peratus undi, Parti Golkar di tempat kedua dengan 14.437 peratus undi dan Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) dengan 14.23 peratus di tempat ketiga. -- Agensi.

Tidak terbang kerana ular

SYDNEY: Sebuah pesawat Qantas tidak dibenarkan berlepas semalam selepas empat ular hilang dari kargo.

Sebanyak 12 ekor anak ular sawa ditempatkan dalam kargo pesawat apabila ia berlepas dari Alice Springs Selasa lalu.

Namun, apabila pesawat itu tiba di Melbourne, empat daripada anak ular itu didapati hilang. -- AFP.

No comments:

Posting Terkini