Pages

Friday, August 14, 2009

Sorok gula

KANGAR: Mulai hari ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menawarkan ganjaran sehingga RM10,000 kepada orang ramai yang memberi maklumat berhubung kegiatan menyorok dan menyeludup gula pasir yang menyebabkan kekurangan bekalan di pasaran.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pihaknya mengharap bantuan orang ramai bagi membanteras kegiatan penyelewengan gula pasir dan ganjaran besar ditawarkan sehingga tertangkapnya mereka terbabit.

"Berkuat kuasa hari ini (semalam) orang ramai yang memberi maklumat sehingga anggota penguatkuasa KPDNKK berjaya menahan penyeleweng bekalan gula pasir (individu terbabit dalam kegiatan menyorok dan menyeludup) bakal memperoleh ganjaran setimpal.

"Nilai ganjaran bergantung jumlah rampasan tetapi maksimum sehingga RM10,000 akan diberikan kepada pemberi maklumat berkenaan," katanya selepas mendengar taklimat anggota penguatkuasa, termasuk polis di Ibu Pejabat KPDNKK di sini, hari ini.

No comments:

Posting Terkini