Pages

Friday, April 17, 2009

AMAH DIDAKWA CAMPUR DARAH HAID DALAM MASAKAN MAJIKAN

HONGKONG: Seorang pembantu rumah Indonesia dihadapkan di mahkamah Hongkong atas tuduhan mencampurkan darah haid ke dalam sajian makanan majikannya dalam usahanya untuk memperbaiki hubungan buruk antara mereka, kata satu laporan semalam.

Indra Ningsih, 26 tahun, mencampurkan darah itu ke dalam periuk yang berisikan sayur-sayuran dengan harapan resipi itu dapat membantu membaiki suasana pekerjaan sukar yang dialami wanita itu, kata satu laporan akhbar The Standard.

Dalam beberapa kebudayaan Asia, darah haid dipercayai mempunyai kuasa tertentu, tambah akhbar itu.

Pembantu rumah itu didakwa dengan satu kesalahan 'memasukkan racun atau bahan perosak atau berbahaya lain dengan niat mahu mencederakan' dan setakat ini belum lagi membuat sebarang rayuan.

Laporan itu memetik satu kenyataan pihak pendakwaan yang mengatakan bahawa bahan-bahan Indra itu ditemui selepas majikan wanitanya yang mempunyai nama keluarga 'Mok' mengamati perbuatan pembantu rumahnya itu menerusi pintu dapur dan melihatnya berkelakuan mencurigakan.

Cik Mok memasuki ruang dapur dan mendapati terdakwa membuang sesuatu ke dalam tong sampah.

Apabila Cik Mok memeriksanya, beliau mendapati bahan seperti darah beku dicampurkan dengan sayur-sayuran dan air, kata laporan akhbar harian berbahasa Inggeris itu.

Kes itu akan didengar lagi pada 13 Mei ini. -- AFP.

No comments:

Posting Terkini