Pages

Saturday, March 21, 2009

Obama tawar hubungan baru dengan Iran

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama membuat tawaran semalam untuk memulakan hubungan baru dengan Iran dengan menunggu 'langkah lebih praktikal' dengan negara Teluk itu.

"Amerika mahu Republik Islam Iran mengambil langkah terbaiknya juga untuk menganggotai semula komuniti antarabangsa.

"Anda (Iran) mempunyai hak itu, tapi mereka mesti lebih bertanggungjawab," kata Obama dalam satu sidang video yang dipancarkan ke stesen tv di Asia Barat sempena sambutan Tahun Baru Iran

Obama berkata, Amerika mahu Iran mengambil langkah praktikal "yang tidak membabitkan keganasan dan penggunaan senjata, tetapi langkah lebih damai yang lebih ikhlas demi rakyat dan kemajuan Iran."

Hubungan AS-Iran hampir seabad terhenti dan ia memuncak apabila Iran memulakan program nuklearnya sendiri, selain isu membabitkan Iraq dan Israel.

Dalam amanat Tahun Baru Iran yang berasingan, Ketua Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei mahupun Presiden Mahmoud Ahmadinejad tidak langsung menyatakan atau memberi maklum balas mengenai tawaran terbaru Obama itu.

Khamenei berkata, kuasa dunia kini semakin bimbang mereka tidak mampu untuk menghalang kemajuan yang dicapai dalam program nuklear Iran.

Aliakbar Javanfekr, rakan kepada Ahmadinejad berkata: "Seluruh rakyat Iran tidak akan melupakan perbuatan buruk yang dilakukan AS selama ini tapi mereka menunggu langkah praktikal yang perlu dimulakan pentadbiran Obama."

"Pentadbiran Obama nampaknya lebih banyak 'bercakap' daripada bertindak," katanya sambil mahu Obama menukar dasarnya terhadap Iran. - Reuters

No comments:

Posting Terkini