DUBAI: Kapal selam berkuasa nuklear Amerika yarikat (AS) berlanggar dengan sebuah lagi kapal peronda AS di Selat Hormuz, di sempadan Iran semalam, tetapi tidak menyebabkan kerosakan kepada loji kuasa atom kapal itu.
Seramai 15 anak kapal dilaporkan cedera apabila kapal selam USS Hartford bertembung dengan kapal peronda amfibia, USS New Orleans, kata Tentera Laut AS dalam satu kenyataan di sini.
Kejadian itu adalah yang kedua membabitkan pelanggaran kapal selam AS di Selat Hormuz dalam masa dua tahun ini.
"Tiada kerosakan atau kebocoran pada loji kuasa nuklear kapal Hartford," kata jurucakap Tentera Laut Lt Nathan Christensen. - Reuters
Saturday, March 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment