Pages

Tuesday, April 14, 2009

SEKILAS - DUNIA

Parti Yudhoyono mahu pakatan dengan Golkar

JAKARTA: Parti Demokrat pimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono akan mengadakan rundingan dengan Parti Golkar bagi menjalin pakatan.

Seorang ketua Parti Demokrat, Encik Andi Mallarangeng, berkata partinya bersedia mengadakan rundingan lebih 'giat' dengan Parti Golkar bagi melanjutkan pakatan sedia ada selepas pilihan raya parlimen yang baru berlalu. -- Reuters.

Muhyiddin: Jumpa Najib kalau marah

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, meminta pemimpin parti komponen Barisan Nasional yang mempunyai sebarang masalah mengenai pelantikan wakil mereka dalam pentadbiran baru supaya bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan bukan meluahkannya secara terbuka.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan kononnya seorang pemimpin Kongres India Malaysia (MIC) mahu parti itu menarik wakil-wakilnya daripada pentadbiran kerajaan kerana tidak berpuas hati MIC tidak diberikan portfolio kerja raya. -- Bernama.

'PAS menang bukan kerana undi Melayu'

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Perak, Datuk Zambry Abdul Kadir, berkata Parti Islam SeMalaysia (PAS) tidak boleh mendabik dada mendakwa Pakatan Rakyat mendapat sokongan sebahagian besar orang Melayu dalam kemenangannya dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang minggu lalu.

Beliau berkata kemenangan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Encik Ismail Saffian, adalah kerana mantan menteri besar Perak itu mendapat sokongan pengundi Cina yang terpedaya dan terpengaruh dengan dakyah PAS dan Parti Tindakan Demokratik (DAP). -- BHM.

China umum pelan baiki hak asasi manusia

BEIJING: China buat julung-julung kalinya mengumumkan pelan tindakan berkaitan hak asasi manusia.

Di bawah pelan dua tahun itu, Beijing antara lain berikrar akan membaiki cara ia melayan golongan minoriti dan meningkatkan taraf kehidupan mereka.

China berikrar juga akan meningkatkan usaha bagi mengelakkan penderaan ke atas tahanan. -- AP.

PBB dijangka keluar kenyataan kutuk Korea U

NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dijangka mengeluarkan satu kenyataan rasmi yang mengutuk Korea Utara kerana melancarkan roket jarak jauh.

Kenyataan itu akan juga menggesa agar sekatan sedia ada ke atas Pyongyang diketat.

Draf kenyataan itu dipersetujui Sabtu lalu oleh lima anggota tetap Majlis Keselamatan, iaitu Britain, China, Perancis, Russia dan Amerika Syarikat. -- AFP.

No comments:

Posting Terkini