Pages

Tuesday, April 14, 2009

Perlis perketat peraturan poligami

KANGAR: Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Perlis, Jafperi Othman berkata kerajaan negeri sedang memperketat dan memperhalusi peraturan untuk berpoligami setelah mendapati ia menimbulkan banyak masalah.

Katanya, berpoligami tanpa pengetahuan isteri pertama menimbulkan banyak masalah dan ada isteri yang datang ke Mahkamah Syariah secara tidak sopan kerana tidak berpuas hati dengan tindakan suami mereka.

Beliau mendedahkan hal berkenaan ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan Yang Pertama (2008) tahun 2009 pada persidangan dewan undangan negeri Perlis di sini hari ini.

Pada masa ini peraturan berpoligami di Perlis tidak memerlukan suami mendapatkan persetujuan isteri pertama.

No comments:

Posting Terkini