Pages

Thursday, April 16, 2009

Kes buang bayi di Pekan

PEKAN (Pahang): Inspektor Mustafar Che Jaafar, bersama Penyelia Jururawat Hospital Pekan, Cik Rosnani Zainuddin, melihat bayi yang dijumpai seorang pelajar di pondok bas, di Taman Pelangkah, Pekan, pagi kelmarin.

Pelajar itu berkata, ketika menghampiri pondok menunggu bas kira-kira 6.30 pagi dia terdengar bunyi tangisan dari bawah tempat duduk pondok berkenaan, dan dia terkejut apabila ternampak bayi lelaki berbalut kain lampin dan dikerumuni ribuan semut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Timbalan Superintenden Amran Sidek, mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan bayi seberat 3.05 kilogram itu. -- BHM.


No comments:

Posting Terkini