Pages

Thursday, April 16, 2009

SEKILAS - DUNIA

Penyeludup untung besar

NUSA DUA (Bali): Para penyeludup tenaga manusia kelihatannya meraih keuntungan besar disebabkan lebih ramai orang yang mahu berhijrah ke luar negara untuk mencari pekerjaan sedang ekonomi dunia mengalami kemelesetan, kata Menteri Luar Australia, Encik Stephen Smith, kepada para menteri Asia semalam.

Encik Smith berkata corak migrasi haram sedang bertukar dan rantau Asia Pasifik harus menyedarinya untuk menangani masalah tersebut. -- AFP.

Barang kemas curian ditemui

KEMAMAN (Terengganu): Polis menemui semula kesemua barang kemas yang dirompak bernilai RM450,000 ($188,200) setelah menahan seorang lelaki yang sedang berurusan untuk menjualnya kepada seorang pemilik sebuah kedai emas di Chukai dua hari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Penolong Pesuruhjaya (ACP) Fauzi Abduri, berkata suspek yang diberkas itu dipercayai antara empat lelaki tempatan merompak dua kedai emas di Paka, Dungun, dengan menggunakan senjata api, kayu besbol dan kayu. -- Bernama.

No comments:

Posting Terkini