Pages

Wednesday, September 24, 2008

SUFIAH MAHU RAYA DENGAN KELUARGA

KUALA LUMPUR: Sambutan Aidilfitri tahun ini mungkin paling bererti bagi Cik Halimaton Yusof, ibu wanita genius matematik, Sufiah Yusof, yang membayangkan hasratnya menyambut kedatangan hari mulia bersama keluarga selepas beberapa tahun tidak bersua muka.

Malah, Sufiah turut melahirkan perasaan rindu bertemu ibu serta adik- beradiknya, selain sering terkenang kemeriahan menyambut Aidilfitri bersama keluarga.

Perkara ini didedahkan Pengarah Perancangan dan Strategi Kumpulan Penyokong dan Pengasuh Profesional Islam (Pisang), Encik Hanafi Abdul Malek, ketika dihubungi, kelmarin.

Encik Hanafi berkata, bekas pelajar Universiti Oxford itu kini lebih tenang dan mudah diajak berbincang sekali gus membayangkan kemungkinan bersedia menerima rawatan menggunakan kaedah Islam seperti ditawarkan Pisang.

'Kali terakhir kami berhubung dengannya (Sufiah) melalui e-mel kira-kira seminggu lalu dan dia kata amat rindu menyambut Aidilfitri bersama keluarga terutama ibunya seperti dulu.

'Sufiah juga ada menyatakan yang dia bersedia bertemu ahli keluarganya dan kami jangkakan usaha merawatnya akan jadi lebih mudah jika betul-betul berhari raya bersama keluarga,' katanya.

Sufiah bersetuju menemui wakil Pisang bagi mengikuti sesi kaunseling dan rawatan selepas Aidilfitri ini, membuka laluan membantu wanita itu yang kini menjadi pelacur kelas atasan di kota London.

Encik Hanafi bagaimanapun berkata, keberangkatannya ke London yang dijadualkan awal bulan depan bagi merawat Sufiah terpaksa ditunda ke satu tarikh yang belum ditetapkan. -- Harian Metro.

No comments:

Posting Terkini