Pages

Wednesday, September 24, 2008

MILIKI FILEM LUCAH: BEKAS PEMBANTU SAMI DIDENDA $37,500

BEKAS pembantu mantan ketua pegawai eksekutif (CEO) Hospital Ren Ci, Sami Shi Ming Yi, dikenakan denda berjumlah $37,500 semalam kerana memiliki filem-filem lucah.

Pang Leong Chuan, 27 tahun, yang juga seorang pelajar, mengaku bersalah terhadap tiga tuduhan di bawah Akta Filem.

Mahkamah diberitahu Pang memiliki 84 filem lucah di sebuah kondominium mewah, The Cornwall, di Cornwall Gardens, dekat Holland Road, dan 29 lagi di flatnya di Tampines Street 32 pada 18 Februari lalu.

Para pegawai Jabatan Ehwal Perniagaan (CAD) menyerbu kondominium itu dan menemui Pang berada dalam bilik tersebut.

Pegawai CAD turut merampas komputer ribanya, dua majalah dan beberapa cakera video digital (DVD) dan cakera padat video (VCD).

Pang mengaku bahawa barangan yang dipercayai mengandungi bahan-bahan lucah itu miliknya.

Lebih banyak barang dirampas semasa para pegawai CAD pergi ke flatnya di Tampines pada hari sama.

Ming Yi, 46 tahun, adalah antara lima pemilik kondominium di The Cornwall itu.

Pemilik lain termasuk Biara Foo Hai Ch'an, yang diketuai Ming Yi.

Hakim Daerah, Encik James Leong, mengambil dalam pertimbangan tiga lagi tuduhan semasa menjatuhkan hukuman ke atas Pang semalam

Sementara itu, Mahkamah Rendah menaikkan jumlah ikat jamin ke atas Ming Yi daripada $150,000 kepada $350,000 kelmarin.

Dia telah dikenakan 10 tuduhan jenayah, termasuk pemalsuan dan menggelapkan dana di bawah Kanun Keseksaan dan melanggar garis panduan di bawah Akta Badan Amal.

Kes Ming Yi akan didengar lagi pada 9 Oktober bagi satu sidang sebelum perbicaraan.
(cyberita)

No comments:

Posting Terkini