Pages

Wednesday, September 24, 2008

RINGKAS MALAYSIA

26 1/2 tahun bagi selesai kes pecat

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan melahirkan rasa terkejut dengan kes pemecatan seorang kakitangan kerajaan yang mengambil masa 26 setengah tahun untuk diselesaikan.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zaki Azmi, berkata beliau kesal kerana polis mengambil masa empat tahun bagi menjalankan siasatan terhadap M. Senthivelu yang dituduh mengeluarkan RM6,050 ($2,508) daripada 16 akaun di Pejabat Pos Sitiawan, sebelum memutuskan tidak mendakwanya di mahkamah bagi kesalahan jenayah.

Mahkamah pula mengambil masa 22 tahun. -- BHM.

Namewee beri keterangan

MUAR: Pencipta dan penyanyi lagu kontroversial, Negarakuku, Namewee atau nama sebenarnya, Wee Meng Chee, semalam memberi keterangan di Bukit Aman, berhubung siasatan penyiaran klip video lagu rap itu di laman web YouTube, Ogos tahun lalu.

Wee, 25 tahun, tiba di Bukit Aman pada 10.30 pagi diiringi bapanya, Encik Wee An See, 50 tahun, dan peguam. -- BHM.

Datuk Tan wajar dalam kabinet

KINABATANGAN (Sabah): Walaupun Parti Maju Sabah (SAPP) telah keluar daripada Barisan Nasional, timbalan presidennya Datuk Raymond Tan Shu Kiah wajar dikekalkan dalam kabinet negeri kerana beliau komited dengan perjuangan Barisan Nasional (BN), kata Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin. -- Bernama.

Isteri mantan Adun ditikam

GEORGETOWN: Isteri mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tambun mati dipercayai ditikam di pekarangan rumahnya di Taman Tambun Indah, Simpang Ampat, dekat sini malam kelmarin.

Cik Thor Joo Lee, 44 tahun, ditikam di dada dan perut di pekarangan rumahnya pada 11.40 malam selepas diekori empat lelaki yang menunggang dua motosikal dari stesen minyak miliknya di Simpang Ampat.

Polis sedang menyiasat motif kejadian. -- Bernama.

No comments:

Posting Terkini