Pages

Wednesday, September 29, 2010

Tangan tukul batu


SEOUL: Tangan bukan sebarang tangan. Tangan ini lebih perkasa daripada batu.

Seorang askar anggota unit khas Korea Selatan menunjukkan kemahirannya memecahkan kepingan-kepingan batu dalam satu pertunjukan sempena sambutan ulang tahun ke-60 Perang Korea 1950-1953 dan ulang tahun ke-62 Angkatan Bersenjata negara itu, di Seoul, semalam. -- Foto AP


Sekilas Dunia

Indonesia tolak saranan ujian dara

JAKARTA: Pemerintah Indonesia semalam menolak saranan Anggota Parlimen (AP) Jambi agar pelajar remaja dipaksa menjalani 'ujian dara'.

Pengawai Kementerian Ehwal Wanita, Encik Wahyu Hartomo, berkata: 'Ujian serupa itu mencabul hak asasi dan memberi kesan psikologi ke atas pelajar.'

AP tersebut akur membatalkan usul tersebut, yang disarankan anggota parlimen daerah, Encik Bambang Bayu Suseno, kata Encik Hartomo. -- AFP.



Jepun dan China tidak akan berunding

TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Encik Naoto Kan, tidak merancang bertemu Perdana Menteri China, Encik Wen Jiabao, semasa menghadiri mesyuarat pemimpin Asia dan Eropah di Brussels minggu depan.

Menteri Luar Jepun, Encik Seiji Maehara, berkata Tokyo tidak akan mengatur rundingan antara mereka berdua bagi menghurai pertikaian maritim sekarang. -- AP, AFP.




Monday, September 27, 2010

Zunar: Polis pun tidak tahu apa yang ditanya

Bermula dengan perintah reman satu hari dari Majistret Sepang, disusuli pula dengan lawatan polis ke pejabat Malaysiakini, babak Cartoon-O-Phobia melabuh tirai pada hari ini apabila kartunis Zunar dibebaskan pada kira-kira jam 6.15 petang ini. Bagaimanapun, segala-gala ini gagal menundukkan Zunar, yang tidak akur dengan tindakan polis.

Ketika dihubungi MerdekaReview, Zunar atau nama asalnya Zulkiflee Anwar Ulhaque berkata, polis sendiri pun tidak tahu apa soalan yang hendak diajukan kepadanya sepanjang proses siasatan, tetapi sekadar mahu mendapat penjelasan tentang kartun lukisannya.

Untuk Zunar, tindakan polis ini bertujuan untuk menakut-nakutkannya, agar dirinya berhenti melukis kartun. Bagaimanapun, beliau tegas bahawa dirinya akan terus melukis, dan berpegang kepada prinsip dan falsafahnya berkartun, iaitu membongkar penyelewengan dan korupsi kerajaan. Malah, beliau tidak akan menyembunyikan pendirian dirinya dari karya kartunnya.

Zunar bagaimanapun perlu melaporkan diri di balai polis pada 7 Oktober 2010.


Majistret menafikan hak Zunar

Pada awal pagi tadi, polis berjaya mendapat perintah reman satu hari daripada mahkamah Majistret Sepang untuk terus menahan Zunar, tanpa kehadiran peguamnya. Fadiah Nadwa Fikri, peguam yang mewakili Zunar, berkata dirinya hanya diberitahu polis bahawa Zunar akan dibawa ke majistret pada jam 9 pagi, ketika dirinya menghubungi polis pada waktu itu juga.

Maka beliau pun bergegas ke Majistret Sepang, tetapi mendapati polis telah berjaya mendapat perintah reman satu hari. Ketika dihubungi MerdekaReview, Fadiah Nadwa Fikri (gambar kiri) menyatakan ketidakpuasannya kerana anak guamnya dinafikan hak untuk diwakili peguam. Bagaimanapun, beliau akan mengadu kepada Majlis Peguam berhubung kes ini.

Fadiah juga menambah bahawa penangkapan polis ini dipercayai bertujuan untuk menghalang Zunar daripada menghadiri majlis pelancaran buku kartunnya, Cartoon-O-Phobia semalam. 【CARTOON-O-PHOBIA: Pelancaran buku tanpa buku dan pengarang】

Pada kira-kira jam 3.45 petang tadi, tiga orang pegawai polis dari Shah Alam melawat ke pejabat Malaysiakini, dan mengambil keterangan daripada Ketua Pengarangnya, Steven Gan. Bagaimanapun, tiada apa-apa yang dijumpai dan dibawa pulang ke balai polis.

Menurut Steven Gan, soalan yang ditanya berkisar pada operasi Malaysiakini, anak syarikatnya, Kinibook, buku terbitannya yang lain dan sama ada beliau menghadiri majlis pelancaran buku semalam.

Saturday, September 25, 2010

Masjid atas baj tiba di Artik


SETELAH melalui perjalanan darat dan sungai sejauh 4,000 kilometer, bangunan masjid ini yang kelihatan berada di atas sebuah baj, akhirnya tiba di Artik, kelmarin.

Masjid itu adalah untuk memenuhi keperluan masyarakat Islam di bandar Inuvik, yang terletak di wilayah Northwest Territories, di bawah pemerintahan Canada.

Bilangan penduduk Islam di bandar yang didiami 4,000 orang itu telah mencapai sekitar 80 orang.

Kos membina masjid di Artik bagaimanapun terlalu mahal.

Lantas, bangunan itu dibina di sebuah bandar di selatan Canada, Manitoba, dengan separuh harga. -- AFP.




Hukuman penjara 14,400 tahun kerana rogol anak

MANILA: Seorang bapa dijatuhi hukuman 14,400 tahun penjara kerana merogol anaknya, 13 tahun, hampir setiap hari selama setahun pada 2001.

Pada Mac 2006, penarik beca itu dijatuhi hukuman mati atas 360 tuduhan rogol.

Namun, Mahkamah Rayuan semalam menukar hukuman itu kepada 40 tahun penjara atas setiap tuduhan. -- AP.




Saintis wanita dihukum penjara 86 tahun

NEW YORK: Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat semalam menjatuhkan hukuman penjara 86 tahun ke atas seorang saintis wanita warga Pakistan, Aafia Siddiqui, 38 tahun, atas dakwaan merancang pembunuhan tentera Amerika di Afghanistan.

Ibu tiga anak itu didapati bersalah merampas raifal dan melepaskan tembakan ke arah tentera Amerika di sebuah balai polis di bandar Ghazni, Afghanistan, semasa disoal siasat pada 2008.

Tiada pegawai tentera yang cedera sementara Siddiqui ditembak di perutnya. -- Agensi.



SHAFIE AFDAL IKUT JEJAK BUNG? Nikahi Pelakon Zahida Rafik

Seperti Bung Mohktar dan Zizie, pelakon Zahida Rafik dan Shafie akhirnya bernikah secara senyap di London pada Ramadhan lepas. Inilah yang heboh dikatakan orang.

Kita tidak tahu apa cerita sebenarnya sekarang ini. Sungguh memalukan jika kisah Bung Moktar berlaku lagi. kata seorang pengulas

Zahida ketika diminta mengulas dakwaan kononnya dia sudah melangsungkan perkahwinan dengan ahli politik berkenaan di London berkata ~ "Saya juga masih single and available"



Friday, September 24, 2010

Paris Hilton batal lawat Malaysia


KUALA LUMPUR: Selebriti Amerika Syarikat Paris Hilton membatalkan rancangan melawat Malaysia semalam selepas dilarang memasuki Jepun kelmarin.

Aktres dan penyanyi berusia 29 tahun itu dalam laman Twitternya berkata beliau berlepas pulang selepas pihak berkuasa Jepun menahan beliau daripada melawat negara itu ekoran menghadapi pertuduhan memiliki dadah di Las Vegas, Amerika.

'Saya sudah hendak berlepas. Balik ke rumah sekarang. Sangat kecewa kerana terlepas peluang menemui peminat di Asia. Saya berjanji akan datang semula tidak lama lagi. Saya sayang anda semua! Sayang, Paris,' katanya dalam laman Twitter.

Agensi berita Kyodo melaporkan Paris menarik balik permohonannya memasuki Malaysia. Jurucakap imigresen enggan mengulas adakah Paris diarah meninggalkan Jepun atau melakukannya secara sukarela.

Pegawai kanan imigresen, Encik Masaaki Nakayama, berkata sesi soal siasat diadakan kerana Jepun tidak akan berkompromi dan membenarkan sebarang orang yang pernah disabitkan kesalahan penyalahgunaan dadah memasuki negara itu.

Di Kuala Lumpur, Paris dijadual melancarkan pewangi terbarunya, 'Tease', dan beg tangan 'Paris Hilton' koleksi musim gugur/ sejuk 2010. Tokyo perhentian pertama beliau dalam rancangan jelajah Asia yang termasuk merasmikan pembukaan butiknya di Jakarta.

Laporan berita antarabangsa memetik pegawai serantau Hilton, Cik Dawn Miller, sebagai berkata selebriti itu merancang mengadakan lawatan pada tarikh lain.

'Paris sangat kecewa dan berhasrat untuk memenuhi komitmen perniagaannya dan menemui peminat beliau, tetapi beliau dipaksa menangguhkan komitmennya di Asia,' kata Cik Miller. -- Bernama, AFP.


Rusuhan meletus di Baitulmakdis

BAITULMAKDIS: Rusuhan meletus di Baitulmakdis Timur kelmarin selepas seorang pengawal keselamatan yang ditugaskan melindungi petempatan Yahudi menembak mati seorang penduduk Palestin.

Insiden itu mencetuskan rusuhan antara belia Palestin, yang membaling batu, dengan pasukan polis pencegah rusuhan Israel dan merebak ke pekarangan Masjid Al-Aqsa di Kota Lama Baitulmakdis.

Beberapa orang cedera dalam rusuhan itu apabila polis Israel melepaskan tembakan peluru getah dan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan yang melempar batu ke arah polis.

Belia-belia Palestin membakar tiga kenderaan dalam insiden itu.

Polis Israel berkata rusuhan bermula apabila penduduk Arab di kejiranan Silwan melempar batu ke arah kenderaan seorang pengawal keselamatan Yahudi.

'Pengawal keselamatan itu melepaskan tembakan dengan pistol apabila keretanya dilempar batu,' kata jurucakap polis Israel, Encik Micky Rosenfeld.

Menurut laporan, tembakan itu membunuh Encik Samir Sarhan, 32 tahun, bapa lima anak.

Dua lagi penduduk Palestin cedera dalan pertempuran tersebut.

Polis berkata pengawal keselamatan itu terperangkap oleh sekatan yang dibuat penduduk Palestin.

'Pengawal keselamatan itu mendapati dirinya dalam bahaya apabila terperangkap dalam satu serang hendap yang memang dirancang. Oleh itu beliau terpaksa melepaskan tembakan,' kata ketua polis Baitulmakdis, Encik Aharon Franco, yang ditukil stesen televisyen Channel Two.

Encik Franco berkata pengawal keselamatan itu telah disoal siasat dan dibebaskan dengan ikat jamin tanpa sebarang dakwaan.

Siasatan akan diteruskan lagi minggu depan, kata beliau.

Kekacauan turut berlaku semasa pengebumian Encik Sarhan apabila belia-belia Palestin melempar batu ke arah kereta polis dan kenderaan lain. Perusuh turut membakar tiga kereta, termasuk sebuah kereta peronda polis.

Radio Tentera Israel melaporkan 10 orang Yahudi turut cedera dalam rusuhan tersebut, termasuk tiga polis, manakala lapan penduduk Palestin diberkas.

Jurucakap polis Israel, Encik Shmuel Ben-Ruby, berkata bom bo- tol turut dibaling ke arah polis di Silwan tetapi tidak ada sesiapa cedera.

'Keganasan yang dilakukan pihak berkuasa Israel merupakan langkah yang boleh menggagalkan agenda dalam proses damai,' kata Encik Ghassan Khatib, seorang jurucakap Penguasa Palestin.

Encik Ahmed Assaf, Jurucakap Pergerakan Fatah, yang dipimpin Presiden Palestin, Encik Mahmoud Abbas, menuduh Israel cuba mencetuskan huru hara dan menggagalkan usaha damai antarabangsa.

Jurucakap Hamas di Gaza, Encik Fawzi Barhoum, semalam menggesa semua negara Arab supaya menarik balik sokongan terhadap rundingan damai yang sedang berlangsung antara Palestin dengan Israel. -- AP, AFP.


Sekilas Berita Dunia

Ada bukti untuk adili Israel

GENEVA: Panel siasatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap kejadian serangan komando Israel ke atas kapal membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza pada Mei lalu mendapati ada 'bukti jelas' untuk mengheret Israel ke muka pengadilan.

'Ada bukti jelas untuk menyokong pihak pendakwaan terhadap kesalahan jenayah mengikut Artikel 147 Konvensyen Geneva Keempat iaitu pembunuhan disengajakan, menganiaya dan menyebabkan kecederaan,' kata panel penyiasat yang ditubuhkan Majlis Hak Asasi Manusia PBB itu.

Konvensyen Geneva Keempat adalah satu perjanjian antarabangsa yang melindungi orang awam ketika peperangan. -- AFP.


Bos Facebook derma $132j

NEW YORK (Amerika Syarikat): Pengasas dan ketua eksekutif laman sosial Facebook, Encik Mark Zuckerberg, akan mendermakan AS$100 juta ($132 juta) kepada sistem persekolahan awam di Newark, New Jersey, yang kini dibelenggu masalah.

Ini merupakan derma terbesar yang dibuat oleh Encik Zuckerberg, yang dianggarkan mempunyai kekayaan bernilai sekitar AS$2 bilion. -- AFP.


Lagi tiga pekerja Perancis diculik

PARIS: Tiga rakyat Perancis yang bekerja untuk pembekal perkhidmatan marin, Bourbon, diculik di luar perairan Nigeria, kelmarin.

Kejadian itu berlaku hanya seminggu selepas lima rakyat negara itu diculik di Niger.

Semalam, Al-Qaeda memberi amaran kepada Paris agar jangan cuba menyelamatkan mereka. -- Agensi.




Ada kemungkinan jutawan kosmetik dirogol

Sampel darah dan air mani diambil lagi daripada lapan suspek bagi ujian DNA


KUALA LUMPUR: Sampel darah dan air mani lapan lelaki yang disyaki terbabit dalam pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya diambil bagi ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) di Hospital Kuala Lumpur (HKL), kelmarin.

Difahamkan sampel air mani diambil bagi menyiasat maklumat baru kemungkinan Datuk Sosilawati turut dirogol.

Pengambilan sampel semua suspek itu adalah yang kedua selepas kali pertama diambil minggu lalu berikutan penemuan beberapa petunjuk baru dalam siasatan kes tersebut.

Menurut sumber, proses itu sebahagian daripada prosedur operasi standard polis Malaysia, khusus bagi memperlengkap kertas siasatan kes tersebut bagi tujuan pendakwaan di mahkamah.

Kesemua suspek tiba di pekarangan Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL sekitar 3 petang menaiki sebuah trak polis yang diiringi dua kereta peronda polis.

Mereka kemudian dilihat keluar dari pekarangan itu dan meninggalkan hospital sekitar 5 petang dengan dikawal ketat anggota polis yang menggiring mereka.

Datuk Sosilawati, 47 tahun, pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages, dibunuh kejam bersama pemandunya, Encik Kamaruddin Shansuddin, 44 tahun; peguamnya, Encik Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 tahun; dan perunding kewangannya, Encik Noorhisham Mohammad, 38 tahun, di sebuah ladang persendirian di Morib, Banting, Selangor, pada 30 Ogos lalu.

Semua mangsa dilaporkan diikat, dipukul dan ditikam sampai mati sebelum mayat mereka dibakar serta abunya dibuang ke dalam beberapa sungai berhampiran.

Berikutan itu, polis menahan lapan suspek berusia 19 hingga 41 tahun, termasuk dua wanita, bagi membantu siasatan.

Sementara itu, waris Datuk Sosilawati dan tiga rakannya yang dibunuh akan memfailkan saman RM20 juta ($8.5 juta) terhadap semua suspek kes itu.

Peguam Kamaruddin Ahmad berkata tuntutan itu mengambil kira kesan dan trauma dihadapi semua waris, termasuk anak-anak masih kecil, serta kehilangan tempat bergantung.

'Tragedi ini menyebabkan suami kehilangan isteri, isteri kehilangan suami, anak-anak kehilangan ibu dan bapa yang boleh mendatangkan kesan jangka panjang yang teruk.

'Oleh itu, jumlah tuntutan ini dirasakan wajar, setimpal kesan dialami mereka yang disifatkan sebagai amat dahsyat, termasuk dari segi emosi, bagi satu tempoh lama,' kata beliau.

Tuntutan itu boleh dibuat mengikut peruntukan di bawah Undang-Undang Sivil. -- BHM.

Thursday, September 23, 2010

Persoalannya bukan PERKASA, tetapi jawapannya Khairy!

Hubungan UMNO dengan PERKASA menjadi tumpuan apabila Setiausaha Agungnya, Tengku Adnan Tengku Mansor dipetik media untuk menyatakan pendirian bahawa UMNO-BN akan menjauhkan diri daripada PERKASA, di samping beberapa tuduhan termasuk NGO ini sebagai punca UMNO-BN kehilangan sokongan.

Maka bermulanya "perang" antara PERKASA, yang disokong oleh bekas Presiden UMNO Mahathir Mohamad, dengan beberapa orang pemimpin UMNO, terutamanya Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz. Lebih menarik, lidah UMNO, Utusan Malaysia yang pada mulanya tidak menyiarkan kenyataan Tengku Adnan, akhirnya menyebelahi PERKASA untuk mempertikaikan pendirian tersebut.

Memang sesuatu yang diduga apabila Utusan Malaysia memihak kepada PERKASA, seandainya kita mengikuti rencana yang tersiar dalam ruang dada akhbarnya sebelum ini. Ia hanya mencungkil sedikit kesangsian "sama ada Najib telah hilang kawal", apabila lidah UMNO ini secara jelas, malah dengan lantang mempertikaikan pendirian yang dinyatakan Setiausaha Agung partinya.

Andaian Najib tidak sehaluan dengan PERKASA

Sememangnya PERKASA dilihat sebagai batu penghalang kepada slogan 1Malaysia, yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO-BN Najib Abdul Razak. Malah, hampir semua rencana dalam akhbar Cina menonjolkan Najib sebagai pembawa perubahan, yang kini dikepung dan diserang golongan konservatif dalam UMNO.

Pada hakikatnya, segala-gala ini hanyalah andaian mereka yang "bersangka baik" terhadap Najib (gambar kanan), atau konsep "1Malaysia". Padahal Najib tidak pernah menyatakan pendiriannya yang jelas terhadap PERKASA. Bahkan gagasan "1Malaysia"-nya mempunyai takrifan yang pelbagai, mengikut keperluan masing-masing - sudah tentu MCA dan PERKASA akan bersama menyokong "1Malaysia", untuk definisi yang berbeza.

Sekali imbas, dalam satu wawancara bersama Al-Jazeera pada 2 April 2010, kenyataan Najib berhubung PERKASA berbunyi, "...tetapi PERKASA tidaklah begitu ekstrem, seandainya anda mendengar secara teliti daripada mereka. Mereka boleh melaungkan hak Melayu selagi pandangan mereka tidak begitu ekstrem, dan anda tahu had batas toleransi kami dengan PERKASA..."

Malah, Najib mempertahankan PERKASA dan Mahathir Mohamad dalam satu wawancara bersama CNBC, "Mereka bukannya menentang kami. Mereka lebih membicarakan hak bumiputera. Namun kami tidak mengambil apa-apa dari bumiputera. Tetapi kami berkata, biar kami melakukannya dengan cara yang berlainan..."

Baru-baru ini, Najib menyatakan hasratnya untuk menentang "fahaman pelampau" dalam Perutusan Hari Malaysia-nya. Bagaimanapun, beliau tetap enggan mengulas apabila ditanya wartawan kemudiannya, sama ada "pelampau" itu dirujuk kepada PERKASA.

Pendirian Najib terhadap PERKASA

Jadi, pendirian Najib yang jelas dalam isu hubungan antara UMNO-PERKASA ialah "kabur". Ia sebenarnya memperlihatkan dilema UMNO, sebagaimana yang disifatkan oleh ahli parlimen Kuala Selangor-PAS, Dzulkefly Ahmad - UMNO mungkin mampu mengelakkan ketidakpuasan bukan Melayu jikalau menjauhkan diri daripada PERKASA, tetapi tidak semestinya mampu mempertingkatkan undi komuniti tersebut. Sebaliknya, jikalau UMNO mengiktiraf PERKASA, ia semestinya kehilangan lebih undi bukan Melayu, pada masa yang sama, belum terjamin lagi peningkatan undi Melayu.

Dari segi perhitungan politik, Najib mungkin tidak perlu untuk menyatakan pendiriannya dengan tergesa-gesa. Dengan "kekaburan" yang sedia ada, ia memberi lebih ruang kepada Najib, sama ada untuk mara ke depan, mahupun undur ke belakang.

Persoalannya, mengapa isu ini ditimbulkan? Sekali imbas, mereka yang kelihatan menonjol dalam kem yang "menyerang PERKASA" adalah Khairy Jamaluddin, Nazri Aziz dan Tengku Adnan Tengku Mansor. Tetapi, seandainya diteliti dalam alam siber, pencetus kontroversi ini sebenarnya Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO yang tampil dengan imej baru untuk menentang puak "konservatif".

Perbalahan antara Khairy dengan Presiden PERKASA, Ibrahim Ali telah berlanjutan sejak beberapa minggu yang lalu, melalui twitter dan media. "Bodoh", "tak ada otak". "gila", "opportunist" dan sebagainya (moronic statement, like a madman, stupid, brainless, confused child etc) antara cemuhan yang dilontarkan terhadap graduan Oxford ini.

Khairy vs Ibrahim Ali

Sementara itu, Khairy pula enggan mengalah, membalas dengan melemparkan "gelaran" gedebe politik, jaguh kampung dan lain-lain lagi terhadap ahli parlimen Pasir Mas ini. Perbalahan ini kemudiannya menular, sehingga kenyataan Tengku Adnan Tengku Mansor terpampang di ruang media bahasa Inggeris, khususnya.

Sumber yang dekat dengan orang dalaman UMNO memberitahu MerdekaReview, bahawa Majlis Tertinggi UMNO sebenarnya tidak membincangkan isu berhubung PERKASA, malah tidak pernah memberi amanah kepada Tengku Adnan untuk menyatakan pendirian bahawa UMNO akan menjauhkan diri daripada PERKASA.

Lebih-lebih lagi, apa yang merunsingkan Najib bukanlah perbalahan yang berlaku antara PERKASA dengan Khairy dan Nazri, atau Utusan Malaysia yang menyiram minyak ke dalam api, tetapi Khairy yang menyemarakkan pertikaian ini, menurut sumber.

Seandainya isu ini dibaca dalam konteks pergelutan kuasa dalam UMNO, dengan Khairy sebagai Ketua Pemuda yang dipinggirkan dari kabinet, mungkin segala-galanya akan terjawab. Soalan mungkin boleh dijawab dengan soalan, adakah menantu bekas PM, Abdullah Ahmad Badawi ini masih berpeluang untuk bertanding dalam PRU ke-13?

Mungkin ini salah satu perspektif untuk menjelaskan apa yang berlaku baru-baru ini. Khairy (gambar kanan) agak berjaya untuk menampilkan dirinya sebagai pemimpin muda yang progresif, dengan menyasarkan pengundi elit, golongan menengah dan penduduk bandar - selepas beliau memenangi jawatan Ketua Pemuda pada tahun 2009.

Malah, Khairy mendakwa terdapat persamaan antara dirinya dengan Najib, dalam satu wawancara bersama Malaysiakini, yang disiarkan pada 8 September 2010. Beliau cuba menyatakan kedudukannya yang mungkin dilihat "bergerak solo" dalam membawa perubahan kepada UMNO.

Ringkasnya, Khairy mungkin lebih berjaya untuk membuktikan bahawa perjuangan PERKASA adalah bertentangan dengan konsep 1Malaysia, yang diuar-uarkan Najib Razak. Cerita yang selebihnya - seandainya Khairy sebagai pendukung setia 1Malaysia digugurkan dari PRU ke-13, apakah maksud tersiratnya?

*Wong Shu Qi ialah wartawan senior MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Tulisan ini diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang,

Wednesday, September 22, 2010

Kemungkinan serangan ganas ~ libatkan pengebom nekad wanita

Terdapat maklumat serangan bakal libatkan pengebom nekad wanita


PARIS: Perancis kini berjaga-jaga terhadap kemungkinan serangan pengganas selepas maklumat perisikan berkata penyerang mungkin menjadikan tempat perhimpunan awam sebagai sasaran.

Satu maklumat membayangkan serangan dikaitkan dengan seorang pengebom nekad wanita, kata seorang pegawai antipengganasan.

Pegawai tersebut memberitahu Associated Press kelmarin bahawa pihak berkuasa berjaga-jaga terhadap serangan itu Khamis lalu.

Tidak berlaku sebarang perkara luar biasa pada hari tersebut. Namun, pihak berkuasa tidak mengurangkan kawalan, kata pegawai berkenaan.

Kebimbangan itu berlaku selepas lima pekerja rakyat Perancis dan dua rakan setempat diculik di Niger, yang termasuk kawasan operasi kumpulan Al-Qaeda di wilayah Islam Maghreb (Aqim).

Pada 14 September terdapat amaran palsu adanya ancaman bom di Menara Eiffel di Paris.

Minggu lepas, Dewan Senat Perancis meluluskan pengharaman ke atas burqa di Perancis, satu isu yang mencetus amaran daripada Aqim.

Menteri Dalam Negeri Perancis, Encik Brice Hortefeux, kelmarin berkata: 'Ancaman pengganas memang wujud. Oleh itu hari ini kami tingkatkan tahap berjaga-jaga.'

Namun sewaktu melawat wilayah Seine-et-Marne ke timur Paris, beliau tidak menjelaskan langkah keselamatan yang telah diambil.

Meskipun terdapat amaran, Perancis tidak akan menaikkan tahap amaran ke paras tertinggi, yakni merah menyala. Ia kekal merah yang merupakan tahap amaran kedua paling tinggi.

Ekoran amaran tersebut, pengawal bersenjata sudah ditugaskan untuk melindungi rektor Masjid Jamek Paris, Encik Dalil Boubakeur, sejak Jumaat lalu, kata seorang jurucakap masjid.

Tiga pengawal itu sentiasa berada bersama beliau pada waktu 'pagi, petang dan malam' kata jurucakap masjid, Encik Slimane Nadour.

Namun menurutnya, 'Kami tidak mempunyai maklumat mengenai bentuk ancaman'.

Pegawai antipengganasan itu mengesahkan satu laporan oleh Radio RTL bahawa pihak berkuasa telah menerima maklumat mengenai kemungkinan satu serangan nekad oleh seorang pengebom wanita.

Radio RTL berkata amaran itu datang dari sumber Perancis dan Afrika Utara. Maklumat tersebut dianggap boleh dipercayai sehingga Encik Hortefeux membatalkan lawatan dua hari ke luar Paris.

Ekoran amaran itu, pegawai keselamatan memeriksa sistem pengangkutan di Paris sepanjang hari, tetapi pulang dengan tangan kosong.

Pada hari yang sama, Encik Hortefeux mengadakan satu sidang akhbar di bawah Menara Eiffel bagi mengumumkan bahawa Perancis sedang berdepan dengan ancaman pengganasan.

Seorang pegawai sistem transit awam, RATP, di Paris berkata 'tidak ada ancaman khusus' terhadap bas dan rangkaian kereta api. -- AP.





Sekilas Dunia

Van bawa 30 kanak-kanak junam ke sungai

MUZAFFARABAD (Pakistan): Polis berkata van yang membawa sekitar 30 kanak-kanak sekolah menjunam ke dalam sungai di Kashmir semalam.

Hanya pemandu dan tiga kanak-kanak berjaya diselamatkan.

Pemandu van itu dikatakan hilang kawalan apabila kenderaan itu melalui jalan raya berdekatan Sungai Jhelum di sini. -- AP.



Bayi jadi yatim piatu ekoran nahas jalan raya

ADELAIDE: Seorang bayi yang baru dilahirkan pada 1 September lalu menjadi anak yatim piatu apabila ibu bapanya terkorban dalam satu nahas jalan raya dalam perjalanan pulang dari hospital.

Encik Justin Schollbach dan isterinya, Cik Leah James, terkorban selepas melawat bayi mereka di Hospital Royal.

Bayi yang tidak cukup bulan itu dijangka dirawat di hospital sehingga November ini. -- AP.



Penganjur tunda konsert Sheila Majid di Jakarta

JAKARTA: Konsert Shiela Majid yang dijadual di sini esok terpaksa ditunda ekoran hubungan Malaysia dan Indonesia yang masih tegang.

Penganjur konsert itu, Encik Andy Soekasah dari syarikat TIS Communications, berkata pihaknya mencadangkan penundaan itu kerana faktor keselamatan berikutan demonstrasi anti-Malaysia baru-baru ini.

Konsert itu ditunda kepada 15 Februari tahun depan. -- Bernama.



Tuesday, September 21, 2010

Tukaran tanah libatkan laluan KTM disetujui

SALAM MUHIBAH: Encik Lee Hsien Loong (kanan) dengan Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju untuk membangunkan enam bidang tanah di Marina South dan Ophir-Rochor bagi manfaat kedua-dua negara. Foto AFP


Oleh
Chairul Fahmy Hussaini

PERSETUJUAN mengenai soal tukar tanah melibatkan laluan Keretapi Tanah Melayu (KTM) diselesaikan semalam dengan Singapura menawarkan enam bidang tanah di Marina South dan Ophir-Rochor.

Ini sebagai ganti kepada penyerahan tiga bidang tanah KTM di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands dan tiga bidang tanah lagi di Bukit Timah.

Malaysia menerima tawaran tersebut.

Bagi memastikan faedah hasil langkah tukar tanah itu dapat dinikmati sepenuhnya, ia akan dibangunkan secara bersama menerusi syarikat usaha sama Singapura-Malaysia, M-S Pte Ltd, sebaik-baik sahaja syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengosongkan Stesen Kereta Api Tanjong Pagar dan berpindah ke Pusat Pemeriksaan Imigresen Woodlands mulai 1 Julai tahun depan.

Butir-butir tersebut diumumkan kepada pihak media selepas pertemuan antara Perdana Menteri Lee Hsien Loong dengan rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, di Istana semalam.

Kedudukan keenam-enam bidang tanah itu amat strategik.

Empat bidang tanah di Marina South terletak di tengah-tengah kelompok pusat kewangan dan perniagaan di Marina Bay dan tidak jauh daripada resort bersepadu (IR) Marina Bay Sands.

Dua bidang tanah yang ditawarkan di Ophir-Rochor pula terletak bersebelahan Kawasan Bersejarah Kampong Glam - dalam lingkungan satu koridor baru yang sedang dibangunkan sebagai lanjutan kepada Kawasan Pusat Bandar (CBD) negara ini.

Dalam sidang media semalam, kedua-dua pemimpin menekankan matlamat untuk 'melaksanakan dengan jayanya apa yang telah dipersetujui dan mempereratkan lagi hubungan dua hala'.

Encik Lee berkata: 'Saya fikir apa yang dicapai ini telah dapat menyelesaikan perkara yang berbangkit sejak 20 tahun lalu.

'Ia adalah satu perkara yang amat memuaskan bagi saya dan Perdana Menteri Mohd Najib di mana kami berjaya mencapai ke tahap ini, yang membolehkan kami melangkah ke depan dan bekerjasama dalam bidang yang lebih luas.'

Menyetujui hal itu, Datuk Seri Mohd Najib berkata beliau percaya persetujuan yang dicapai itu amat berfaedah kepada kedua-dua pihak.

'Ia adalah satu peningkatan daripada versi asal POA (butiran perjanjian) yang sekali gus menggambarkan iltizam pemerintah Singapura dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong sendiri dalam memastikan perjanjian ini bukan sekadar satu perjanjian yang betul dari segi undang-undang, malah dari segi politik, yang mana ia diterima oleh keduadua rakyat Malaysia dan Singapura...

'Secara asasnya, kami inginkan perjanjian yang dapat bertahan dalam menghadapi ujian masa.

'Jadi kami percaya perjanjian ini akan diterima dengan baik, bukan hanya sekarang, malah pada masa hadapan.

'Jika kita mempunyai perjanjian yang hanya berteraskan undang-undang, tanpa mengambil kira keperluan menyeluruh, perjanjian sedemikian nanti boleh dikritik pada masa depan.

'Tetapi apa yang dicapai hari ini, saya yakin, dapat bertahan dalam menghadapi ujian masa,' kata beliau.

Ini merupakan pertemuan ketiga kedua-dua pemimpin itu sejak Mei lalu bagi menghuraikan isu-isu menyentuh POA yang berbangkit sejak 20 tahun lalu.

Datuk Seri Mohd Najib datang ke republik ini dalam bulan itu, sebelum Encik Lee menemuinya di Putrajaya pada bulan berikutnya bagi membincangkan soal penukaran tanah dan persetujuan hanya dicapai di sini semalam.

Bagaimanapun, Singapura dan Malaysia gagal mencapai persetujuan berhubung isu caj pembayaran bagi pembangunan tanah di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands.

Oleh kerana itu, kedua-dua pemimpin bersetuju merujuk hal tersebut ke Mahkamah Tetap Timbang Tara Antarabangsa di The Hague, Belanda.

Ditanya tentang hal tersebut, Encik Lee berkata pihaknya merasakan bahawa caj pembayaran itu perlu dibuat tetapi Malaysia menyatakan sebaliknya.

'Ia bukan satu isu yang boleh dihuraikan secara asal boleh, jadi kami memutuskan bahawa cara terbaik adalah dengan merujukkannya ke pusat timbang tara dan mencapai penyelesaian yang boleh diterima kedua-dua pihak,' terangnya sambil menambah bahawa keputusan yang dicapai menerusi timbang tara tidak akan menjejas pelaksanaan POA dan inisiatif-inisiatif lain seperti yang terkandung dalam Kenyataan Bersama bertarikh 24 Mei lalu.

Selain isu tanah, kedua-dua pemimpin turut bersetuju bahawa Pasukan Pelaksanaan Bersama harus menamatkan perbincangan mereka pada 31 Disember ini menyentuh butir-butir pelaksanaan POA.


----------------------------


Kata sepakat Singapura dan Malaysia


Menggantikan tiga bidang tanah POA di Tanjong Pagar, Kranji, Woodlands dan tiga bidang tanah di Bukit Timah kepada empat bidang tanah di Marina South dan dua bidang tanah di Ophir-Rochor

Rujuk isu caj pembayaran bagi pembangunan tanah di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands ke Mahkamah Tetap Timbang Tara

Tubuh syarikat usaha sama, M-S Pte Ltd, bagi pembangunan bersama keenam-enam bidang tanah

Pasukan Pelaksanaan Bersama menamatkan perbincangan mereka pada 31 Disember 2010 bagi butiran pelaksanaan POA

Yang telah dipersetujui sebelum ini


Tubuh syarikat usaha niaga yang dimiliki secara 50-50 antara Khazanah Nasional Berhad dan Temasek Holdings Limited bagi pembangunan projek ikonik di Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia

Membangunkan bersama sistem pengangkutan gerak cepat Singapura-Johor Bahru

Pertingkat khidmat bas Singapura-Johor

Pengurangan kadar tol di Linkedua

Kerjasama bagi sekitaran dan pelancongan, termasuk kajian bersama rentas sempadan bagi projek berkembar ekopelancongan di kawasan hutan simpan Sungei Buloh di Singapura dan di Sungai Pulai, Pulau Kukup dan Tanjung Piai di Johor

Singapura serahkan loji air kepada Johor sebaik tamatnya Perjanjian Air 1961 pada 31 Ogos 2011

Inilah Hiburan Tentara AS di Medan Tempur

Serangan ke Irak dan Afghanistan menjadi saksi beragam kejahatan perang yang dilakukan penjajah. Namun kejahatan perang tersebut masih belum setimpal dengan hobi baru serdadu Amerika Serikat (AS). Berdasarkan laporan Koran Washington Post, sejumlah serdadu AS dituding membantai warga Afghanistan hanya sekedar hiburan dan olah raga. Mereka dengan seenaknya memilih warga dan menjadikan sasaran tembakan. Serdadu ini juga semakin sadis, tak puas membunuh, mereka juga memotong jari dan menyimpan tulang korban sebagai kenang-kenangan.

Sebelumnya Koran The Guardian juga melaporkan bahwa serdadu Amerika Serikat (AS) membantai warga sipil Afghanistan sekedar untuk bersenang-senang. Di edisi Kamis (9/9) Guardian menurunkan tulisan, 12 serdadu AS didakwa membentuk tim pembunuh rahasia dan menangkap warga Afghanistan sekenanya kemudian mereka membantai korban dengan granat. Lima anggota tim ini didakwa membantai tiga warga Afghansitan dan tujuh lainnya dituding menyembunyikan aksi sadis teman-teman mereka. Ini merupakan kejahatan perang paling serius yang terjadi di Afghanistan dan dilakukan pasukan artileri Stryker AS yang ditempatkan di Kandahar.

Sejumlah serdadu AS kepada komite penyidik kejahatan militer negara ini mengatakan, tim pembunuh ini dibentuk oleh Sersan. Calvin Gibbs dan dibantu oleh Jeremy Morlock. Keduanya senantiasa membicarakan betapa mudahnya membunuh warga Afghanistan dengan granat. Menurut sumber ini, jika para tersangka divonis bersalah maka mereka akan dijatuhi hukuman mati atau paling ringan hukuman seumur hidup.

Yang pasti aksi sadis ini tidak terbatas di Afghanistan, aksi serupa juga pernah diterapkan di Irak. Pada tahun 2004 kejahatan serdadu AS di Irak terbongkar dengan dirilisnya gambar yang menunjukkan tentara AS tengah menyiksa tahanan di penjara Abu Ghuraib hanya sebagai hiburan. Meski kemudian diberitakan bahwa aksi serdadu AS tersebut karena menjalankan perintah dari atasan mereka, namun aksi brutal ini dilakukan militer Amerika di saat Negeri Paman Sam keluar dari Mahkamah Kriminal Internasional (ICC).

Sikap AS keluar dari ICC merupakan strategi Washington untuk melindungi perwira dan pejabat mereka yang melakukan kejahatan perang. Hal ini pula yang membuat serdadu AS seenaknya membantai dan menyiksa warga sipil hanya sekedar bersenang-senang tanpa ada rasa takut diseret ke pengadilan kriminal internasional.

Washington sendiri secara terang-terangan tidak membiarkan serdadunya yang dituding melakukan tindakan brutal. Para serdadu tersebut kemudian diadili, namun hal ini hanya sekedar untuk menghindari tekanan dan kecaman publik internasional. Karena ternyata proses pengadilan tersebut banyak ditemukan cacat dan cela. Keadilan dan transparansi proses pengadilan bagi serdadu atau perwira yang dituding melakukan kejahatan perang ternyata tidak dikawal.

Hal ini dapat ditemukan dalam kasus penyiksaan di penjara Abu Ghuraib. Para tersangka yang katanya hanya melakukan instruksi dari Pentagon, namun ternyata pengadilan yang menangani kasus ini hanya menjatuhkan vonis penjara beberapa tahun saja. Ironisnya lagi yang mendapat ganjaran ini hanya sejumlah prajurit dan perwira rendahan saja. Oleh karena itu, tidak dapat diharapkan akan terjadi keadilan bagi para pelaku tindakan sadis terhadap warga Afghanistan dan pelakunya ditindak keras untuk menjadi contoh bagi para serdadu AS di seluruh dunia. (IRIB/MF/RM)


Sembunyi bawah tilam

DUNGUN - Hubungan sulit pasangan penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan yang menjadikan se-buah rumah teres sebagai lokasi berasmara mengundang padah.

Ini sebab, tempat persembunyian mereka di kawasan kediaman penduduk diserbu pihak Penguat kuasa Jabatan Agama Daerah.

Perbuatan sumbang itu terbongkar apabila serbuan dilakukan kira-kira jam 1.20 pagi di rumah bernombor PT 7098 Taman Rakyat Jaya, Gong Pasir Dungun itu membawa kepada penahanan sepasang kekasih berumur 19 tahun yang masih menuntut di IPTA tempatan.

Berikutan itu, pasangan terbabit, Zaki Arif Ahamad, 19 dan pasangannya, Puteri Noor Faten Aroha Ibrahim @ Othman, 19, didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Dungun mengikut Seksyen 31 (a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 dan jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda maksima RM3,000 atau tidak lebih dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Mengikut sebahagian ringkasan kes, kertas pertuduhan yang dibaca Pendakwa Raya Syarie, Azmi Tengah dalam prosiding perbicaraan yang berlangsung pagi semalam, ketika serbuan dilakukan, pintu utama tertutup dan berkunci manakala tingkap tertutup rapat.

Sebaik salam diberikan anggota penguat kuasa, pintu rumah kemudiannya dibuka seorang perempuan (tertuduh perempuan), keadaan dalam rumah ketika itu gelap sebelum anggota penguat kuasa mengarahkan tertuduh membuka lampu.

Selepas pemeriksaan dilakukan mendapati, seorang lelaki (tertuduh lelaki) sedang berbaring di bawah tilam dalam sebuah bilik nombor satu.

Hasil siasatan, pasangan terbabit yang ketika itu difahamkan masih lagi belajar di pusat pengajian tinggi didapati tidak mempunyai hubungan sah sebagai suami isteri.

Selepas mendengar hujah yang dikemukakan Pendakwa raya yang mengambil kira pengakuan dan rayuan yang dibuat kedua-dua tertuduh, Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah akhirnya menjatuhkan hukuman denda RM2,300 atau dua bulan penjara kepada pasangan terbabit.

Kedua-dua tertuduh, Zaki Ariff dari Telok Panglima Garang, Selangor dan pasangannya, Puteri Noor Faten Farah Aroha dari Setiu, Terengganu, masing-masing yang tidak diwakili peguam akhirnya memilih untuk membayar denda untuk membolehkan mereka dibebaskan oleh mahkamah.

Sila kemuka semua bukti

SHAH ALAM – Penyelaras MyDemocracy Watch, Yusmadi Yusoff meminta mereka yang mendakwa terdapat penyelewengan dalam pemilihan parti kali ini supaya membuat laporan dan mengemukakan semua bukti yang ada kepadanya.

Mengulas kenyataan bekas Timbalan Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR), Jenapala Perumal Subaan yang mendakwa terdapat beberapa pemimpin dalam PKR yang dikatakan bermain taktik kotor, Yusmadi menjelaskan beliau tidak menerima sebarang aduan daripadanya mengenai perkara tersebut.

Menurutnya, Jenapala seharusnya mendedahkan bukti dan bukannya membuat dakwaan secara sebarangan kerana tuduhan seperti itu boleh dilakukan sesiapa sahaja dan boleh merosakkan proses demokrasi dalam parti.

“Bila bertanding untuk parti, setiap pemimpin harus bertanggungjawab. Mereka harus bersikap terbuka, bukannya berlawan dengan parti, tetapi berlawan untuk memantapkan parti,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Yusmadi, yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau berkata, setakat ini beberapa aduan sudah diterimanya berhubung pemilihan pimpinan dan semua aduan tersebut akan dibawa ke peringkat Jawatankuasa Disiplin parti untuk tindakan lanjut.

Semalam, Jenapala mendakwa Anwar dan Azmin bermain taktik kotor dan mencabar beberapa pemimpin parti itu menafikan secara terbuka tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam elemen-elemen kotor yang didakwa berlaku untuk meraih sokongan sepanjang pemilihan diadakan.

Badan sukarela Mydemocracy Watch diwujudkan oleh ahli PKR mahu pemilihan parti November ini benar-benar bersih serta anggotanya tidak terpilih untuk bertanding.

Badan sukarela ini juga adalah pemantau urustadbir pemilihan PKR, terutama yang melibatkan amalan penyalahgunaan kuasa dan sumber kerajaan dan amalan-amalan yang tidak demokratik seperti kronisme, rasuah dan nepotisme.Badan itu berjanji akan membela golongan yang dinafikan hak demokrasi semasa pemilihan partinya tanpa menyebelahi mana-mana kelompok berkepentingan pada pemilihan parti tersebut.

Berani-Beraninya Israel Ancam Rusia?!!

Rezim Zionis Israel mengancam mereka yang berani menjual senjata kepada negara-negara strategis bagi Rusia. Ancaman ini digelontorkan Israel setelah Rusia menjual rudal Cruise kepada Suriah dalam koridor kesepakatan tahun 2007 antara Damaskus-Moskow.

Menurut para pengamat, Israel secara tersirat mengancam Rusia jika berani menjual senjata canggih ke Georgia. Sebelumnya pada Agustus 2008, saat Rusia bertempur dengan Georgia karena masalah Ossetia Selatan. Saat itu, Israel menjual senjata besar-besaran ke Georgia untuk menangkal serangan militer Rusia.

Selain itu, Israel bersama Amerika Serikat (AS) adalah arsitek revolusi damai 2003 di Georgia yang akhirnya berujung pada kemenangan Mikhail Saakashvili yang pro Barat. Menurut para pengamat ancaman Israel terkait penjualan senjata kepada negara-negara strategis bagi Rusia tidak terbatas pada Georgia. Namun mencakup negara bekas Uni Soviet, Eropa timur dan anggota Pakta Pertahanan Atlantik Utara (NATO).

Rezim Zionis mengklaim penjualan rudal Cruise kepada Suriah akan merusak perimbangan di kawasan Timur Tengah. Di sisi lain, AS dan Eropa selain mempersenjatai Israel juga membantu rezim ilegal ini membuat senjata nuklir. Israel sendiri sebagai satu-satunya rezim ilegal di kawasan yang memiliki senjata nuklir dan dengan bangga membantai warga Palestina serta senantiasa mengancam negara Islam serta Arab. Ulah Israel ini justru mengancam stabilitas kawasan.

Israel yang menyebut penjualan rudal Cruise Rusia kepada Suriah akan merusak perimbangan kawasan tak menyadari ulahnya sendiri yang menduduki Dataran Golan milik Suriah selama 40 tahun. Tak cukup mengecam, Israel juga mengancam bahwa tindakan Rusia menjual rudal tersebut kepada Suriah akan membuat Moskow kehilangan perannya di kancah internasioal.

Di sisi lain, Israel dan AS tidak pernah memberikan kesempatan kepada Rusia untuk berperan secara independen dalam masalah Palestina. Tak diragukan lagi Rusia terikat janji dengan Suriah soal penjualan rudal Cruise. Dan jika Rusia menuruti kehendak Israel dan membatalkan kontrak penjualan senjata kepada Suriah maka Moskow akan kehilangan kredibilitasnya di tingkat internasional.

Ulah Israel tak terbatas para pembatasan peran Rusia. Dalam masalah Palestina, Israel terus bersikap arogan. Baru-baru ini, Menteri Luar Negeri Israel, Avigdor Lieberman menekankan pengusiran warga Palestina dari wilayah Palestina pendudukan. Ia juga menegaskan berlanjutnya pembangunan permukiman Zionis dan mengabaikan seruan pihak Palestina. Lantas apa yang diharapkan dari Israel dengan perundingan damai? Rezim ilegal ini juga semakin berani dan kini Rusia pun menjadi sasarannya. (IRIB/MFSL)


Monday, September 20, 2010

Kembalikan kuasa Datin Seri Wan Azizah

Datuk Zaid Ibrahim berkata beliau akan membela kuasa presiden PKR sekiranya berjaya dalam pemilihan parti sebagai timbalan presiden parti itu.

Ikrar tersebut disuarakan hari ini berikutan timbulnya tanggapan bahawa kedudukan presiden parti Datin Seri Wan Azizah Ismail hanyalah satu lambang semata-mata, katanya melalui tulisan di blog peribadinya.

"Terlalu kerap saya dengar bisikan mengenai kononnya Datin Seri Wan Azizah bukan ketua sebenar.

"Malah ada pula yang berkata beliau tidak ada kuasa. Keadaan ini berlaku kerana ada di kalangan kepimpinan parti yang kurang menghormati jawatan presiden.

"Kepimpinan parti lebih selesa memberi kepercayaan sepenuhnya kepada ketua umum, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya yang menjelaskan, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya ahli biasa dalam struktur parti.

Namun, beliau menyokong dan memberi kepercayaan penuh kepada Anwar, sebagai pengasas parti dan juga sebagai ketua pembangkang.

"Kalau saya menang, saya akan bela kuasa presiden. Presiden parti tidak akan dianggap sebagai lambang semata-mata.

"Kalau kita dari parti PKR tidak hormati jawatan presiden kita yang sah kerana kita berpuas hati presiden itu hanyalah lambang (walaupun dia berkuasa penuh mengikut perlembagaan parti); apa jaminan kita akan menghormati Perlembagaan Negara bila kita berkuasa nanti?" soalnya.

Tambahnya lagi, Wan Azizah bukan sahaja sanggup berkorban demi keperluan parti, malah untuk kepentingan Anwar, termasuk meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen Permatang Pauh.

"Sebagai ahli PKR, saya percaya dengan kepemimpinan dan kebolehan presiden parti dan sebagai calon untuk jawatan timbalan presiden saya ingin menyokong beliau," katanya.

KEMUSYKILAN ANWAR IBRAHIM

KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA
20hb September 2010



Seperti yang diumumkan, 1Malaysia Development Fund Bhd (1MDB) diperuntukkan RM5 bilion pada tahun 2009 melalui penerbitan bon jaminan kerajaan. Baru-baru ini, 1MDB juga bercadang mendapatkan pinjaman tambahan sebanyak RM5 bilion. Pinjaman RM5 bilion baru ini tidak akan dijamin oleh kerajaan Malaysia secara langsung, malah akan diselesaikan melalui penerbitan beberapa bon sejumlah RM10 bilion yang disokong oleh kerajaan (state-backed bonds). Ini bermaksud 1MDB akan menanggung liabiliti jangka panjang sebanyak RM15 bilion menjelang tahun 2013. Jumlah itu 4 kali ganda besar jumlahnya berbanding dengan nilai bon yang dikeluarkan untuk projek Port Klang Free Zone (PKFZ), iaitu bernilai sekitar RM3.685 bilion.

Kini bertiup kencang berita bahawa audit akaun untuk tahun fiskal yang sepatutnya berakhir pada Mac 2010 belum dapat dimuktamadkan. Terdapat spekulasi bahawa juruaudit enggan menandatangani akaun tersebut kerana terdapat banyak percanggahan. Lazimnya, juruaudit enggan menandatangani akaun yang diauditnya apabila wujud masalah serius dalam akaun tersebut. Oleh kerana jumlah yang membabitkan dana awam sebegitu besar, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menjelaskan kepada khalayak samada berita mempunyai kebenaran atau tidak.

Difahamkan berdasarkan kunci kira-kira (balance sheet), kenapakah 1Malaysia Development Fund Bhd (1MDB) boleh mengaut keuntungan yang tidak diasingkan (unappropriated profit) sebanyak RM121.79 juta. Ianya menjadi satu tanda tanya apabila liabiliti bukan semasa (non-current liability) adalah sebanyak RM4.39 bilion sahaja dan bukan RM5 bilion seperti yang diumumkan oleh 1MDB. Ke mana hilangnya sejumlah RM61 juta? Kita difahamkan juga berdasarkan kunci kira-kira tersebut, pinjaman sejumlah RM37 juta diperlukan sedangkan deposit kategori aset semasa (Deposits with licensed financial institutions) adalah sebanyak RM782.12 juta. Lazminya, kategori aset semasa (current assets) merujuk kepada kategori di mana transaksi dapat dilakukan bila-bila masa dalam tempoh waktu kurang daripada 12 bulan. Sebaliknya, jika deposit kategori aset semasa tidak dapat digunakan untuk membuat pembayaran, bagaimana Other payables sebanyak RM99.43 juta dapat dibayar dengan Other receivables yang hanya berjumlah RM16.15 juta?

Manakala itu kita difahamkan menurut penyata pendapatan pula, dana tersebut mendapat keuntungan sebanyak RM439.83 juta tetapi tidak pasti bagaimana sesebuah dana sebegitu boleh mendapat keuntungan tersebut. Biasanya ‘keuntungan’ diperoleh melalui pelaburan. Butiran hasil (Other income) diperlukan bagi menjawab persoalan-persoalan lain yang berkaitan. Di samping itu, apakah status pengecualian cukai yang diberikan oleh kerajaan kepada 1MDB? Apakah kerajaan memberikan pengecualian sepenuh kepada 1MDB dan apakah rasional kerajaan dalam hal ini? Adakah item ini merujuk kepada status kewangan Terengganu Investment Authority Berhad sebelum bertukar nama kepada 1MDB? Pada 11 Jan 2010, kerajaan mengumumkan bahawa Yayasan 1MDB telah ditubuhkan bagi mengendalikan satu dana tanggungjawab sosial (CSR) yang bernilai RM100 juta. Adalah difahamkan juga, jumlah RM100 juta tersebut tidak muncul sama ada dalam penyata pendapatan atau kunci kira-kira.

Semenjak 1MDB yang sebelum ini bergelar Terengganu Investment Authority Berhad (TIA) diperkenalkan oleh pentadbiran Najib, pelbagai pertanyaan wujud berhubung peranan 1MDB, pelaburan 1MDB dan perkembangan-perkembangan berkaitan khususnya dalam peranan PetroSaudi dan jutawan bernama Jho Low. Apakah peranan Jho Low dalam 1MDB khususnya dalam projek pembangunan semula pangkalan Sungai Besi? PetroSaudi hanya dikenali ramai selepas penubuhan sebuah syarikat usaha sama bersama 1MDB dengan modal berjumlah AS$2.5 bilion (RM8.5 bilion).

Akibat dari pengurusan yang tidak telus, makanya begitu banyak persoalan yang muncul. Ini mengingatkan kita kepada dengan penubuhan ValueCap yang bernilai RM10 bilion pada 2002. ValueCap tidak membawa sebarang makna selain memangkin segelintir syarikat sahaja dalam pasaran saham, mengulangi bentuk salah guna kuasa dan salah agih dana awam yang berlaku pada tahun 1997. Operasi ValueCap penuh dengan misteri (rahsia) sehingga orang ramai tidak mengetahui transaksi apakah yang telah dilakukan. Lebih-lebih lagi, ValueCap mendapatkan pinjaman daripada KWSP dengan kadar faedah rendah. Ini menimbulkan kebimbangan dana tersebut digunakan untuk menyelamatkan kroni besar dalam Bursa Malaysia. Kini kita khuatir dana awam yang disalurkan kepada 1MDB juga akan mengalami nasib yang sama sepertimana dengan beberapa usaha kononnya untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara. Berselindung di sebalik hasrat yang dipamerkan sebagai satu langkah yang bermakna, akhirnya hanya menguntungkan segelintir sahaja dari kalangan mereka yang rapat dengan pemerintah.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG DEWAN RAKYAT MALAYSIA

---

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya


Sunday, September 19, 2010

Hikmah Solat untuk Kesihatan


Oleh Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim
Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya


Kebaikan solat terbukti dalam kajian yang telah dijalankan. Dianggarkan ramai kumpulan sasaran yang akan mendapat manfaat daripada klinik solat ini. Jelas terbukti membongkar kebaikan solat dari perspektif sains benar-benar melangkaui kemungkinan.

Rasullullah s.a.w memerintahkan kaum muslimin agar mengikut cara bersolat baginda seperti dalam hadis Rasulullah yang bersabda:"Solatlah kamu sebagaimana kamu lihat aku solat" - Riwayat Bukhari dan Muslim.

Hikmah solat dalam kedudukan berikut:


Berdiri
* Pastikan badan berada dalam satu garis lurus, beban badan di letakkan di kedua-dua kaki.
* Otot atas belakang badan berada dalam keadaan rehat.
* Otot-otot kedua tangan berada dalam keadaan istirehat sepenuhnya.

Rukuk
* Merehatkan sepenuhnya otot bahagian bawah belakang.
* Meregangkan otot paha dan betis.
* Melembutkan otot-otot perut dan buah pinggang.
* Melembutkan ruas tulang belakang untuk mengurangkan kesakitan waktu bersalin.

Sujud
* Melancarkan aliran darah dan aliran limfa.
* Membantu proses pengepaman jantung dan mengelakkan (pengerasan salur darah).
* Menguatkan otot-otot dada.
* Melancarkan aliran darah ke otak.
* Memulihkan kedudukan rahim.

Duduk antara dua sujud
* Melancarakan aliran darah ke kawasan bawah badan.
* Mengurut otot bahagian bawah badan.
* Merawat otot-otot yang tercedera selepas bersalin.
* Merawat buasir.

Duduk tahiyat
* Posisi kaki seumpama rawatan ‘akupunktur’ mengurut telapak kaki yang mewakili organ-organ dalam badan.
* Merawat buasir.
* Merawat penyakit berkaitan alat kelamin lelaki.

Memusing kepala untuk memberi salam
* Menguatkan otot leher.
* Menghilangkan sengal dan lenguh bahagian leher.

Solat Tarawih dan Puasa Terhadap Kompisisi Badan
* Menguatkan otot dan meningkatkan kadar pembakaran lemak.
* Lemak kurang dalam salur darah – kekenyalan salur darah meningkat dan rintangan berkurang.
* Puasa tidak akan mengakibatkan nyahhidrasi pada sel tubuh badan.
* Sebaliknya, kandungan air di dalam sel badan semakin meningkat.
* Pergerakan Solat Tarawih lebih selama 140 minit dalam satu sesi adalah konsisten dengan tahap senaman sederhana untuk melebihi 150 minit seminggu dan puasa pula merupakan diet yang baik.
* Aktiviti ini dapat meningkatkan kadar pembakaran lemak sekaligus merendahkan lemak dan nilai glukosa.

Kesimpulan:

Solat umpama senaman ringan dan berpuasa umpama diet yang baik. Kegiatan ini boleh meningkatkan kadar pembakaran basal dan menurunkan kolestrol badan. Justeru ia dapat mengelakkan penyakit jantung, stress, kolestrol dan kegemukan. Pergerakan yang dilakukan semasa solat telah dibuktikan dapat memulihkan fungsi otot-otot dan merawati sakit pinggang. Postur dan pergerakan solat boleh digunakan sebagai salah satu rawatan pemulihan alternatif untuk menyembuhkan atau mengurangkan sakit pinggang, bukan sahaja kepada penghidap sakit pinggang kronik, tetapi juga disyorkan kepada wanita mengandung tanpa mengira bangsa dan agama.

Saturday, September 18, 2010

Lelaki Gemuk Lebih Tahan Lama Semasa Hubungan Sex

Anda yang memiliki kekasih bertubuh gemuk pasti senang mendengar hasil penemuan terbaru ini. Lelaki bertubuh gemuk ternyata mampu bertahan lebih lama saat bercinta!

Para peneliti di Erciyes University in Kayseri baru saja menyelesaikan studi yang berupaya mengaitkan indeks massa tubuh dengan performa seksual lelaki. Studi yang sudah berlangsung selama setahun ini menyimpulkan, lelaki yang memiliki kelebihan lemak tubuh ternyata bertahan lebih lama dalam urusan ranjang. Lelaki yang tubuhnya berat mampu bercinta dalam rata-rata 7,3 menit, sedangkan lelaki yang lebih ramping sudah cukup beruntung bila bisa bertahan 108 detik saja (dalam arti saat melakukan intercourse hingga orgasme).

Alasan di balik fakta tersebut adalah hormon-hormon kewanitaan. Lelaki dengan kelebihan lemak tubuh menunjukkan tingkat hormon seks perempuan -estradiol- yang lebih tinggi. Munculnya substansi ini akan mengacaukan neurotransmitter lelaki alami, dan memperlambat mereka dalam mencapai orgasme. Ironisnya, semakin tidak maskulin penampilan tubuh mereka, lelaki gemuk akan semakin menjadi pemain sex yang lebih baik.

Perbandingan antara indeks massa tubuh dan performa seksual ini diamati dari lebih 100 lelaki yang sedang menjalani rawatan disfungsi seksual, dan 100 lelaki lain yang bertahan lebih lama saat berhubungan intim. Hasilnya, diketahui bahwa lelaki yang sering mengalami ejakulasi cepat umumnya jauh lebih ramping manakala lelaki yang gemuk dan gempal pula yang performa seksnya lebih baik.

Penelitian ini memang dilakukan di Amerika, negara dengan penduduk tergemuk ketiga di dunia versi World Health Organization. Diperkirakan 66,7 persen dari penduduk yang mengalami overweight ini merupakan pasangan seksual yang hebat.

Meskipun demikian, studi ini memang tidak mengambil sikap apapun terhadap topik ini. Sebab penelitian ini ternyata tidak didukung bukti ilmiah untuk menunjukkan kebenarannya. Malahan, dalam riset global dari situs Onepoll.com tahun lalu, dimana dilakukan survei terhadap 15.000 perempuan dari 20 negara, Amerika menduduki peringkat kelima dari bawah sebagai pecinta yang terlalu kasar. Sedangkan lelaki Spanyol, Brazil, dan Italia menduduki tempat tiga besar.

Anda tidak puas atau tidak setuju dengan hasil penelitian ini? Anda yang memiliki pasangan ramping maupun gemuk mungkin akan saling berbalah: Bukankah yang penting sebenarnya adalah kenyamanan dan kepuasan Anda sendiri disaat bercinta dengan si dia. Bukan begitu?

DIN
Editor: Dini

Thursday, September 16, 2010

600 bantah rancangan bakar Quran

KABUL: Sekitar 600 penduduk Afghanistan berhimpun di jalan raya Kabul semalam bagi membantah rancangan membakar Al-Quran oleh sebuah gereja di Amerika Syarikat, walaupun rancangan itu telah dibatalkan.

Para penunjuk perasaan melempar batu ke arah polis antirusuhan selepas mereka dilarang berarak ke kawasan bandar.

Mereka melaungkan slogan anti-Amerika dan membakar tayar untuk mengepung jalan raya.

'Polis dapat mengawal keadaan. Mereka melepaskan tembakan ke udara untuk mengawal penunjuk perasaan itu,' kata jurucap Menteri Dalam Negeri, Encik Zemarai Bashary.

Dalam bantahan serupa pada hujung minggu lalu, dua penunjuk perasaan telah maut selepas bertempur dengan polis.

Paderi Terry Jones daripada gereja Dove World Outreach Center di Florida membatalkan rancangannya membakar Al-Quran sebagai memperingati ulang tahun serangan pengganas ke atas New York dan Washington pada 11 September 2001.

Sementara itu, komander pasukan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) di Afghanistan kelmarin berkata rancangan Paderi Jones untuk membakar Al-Quran menjejas kepentingan Amerika di Afghanistan.

'Anda telah melihat sendiri. Anda telah dengar mengenai bantahan di Afghanistan. Imej Al-Quran dibakar telah pun terpahat dalam minda mereka walaupun ia tidak berlaku,' kata Jeneral David Petraeus

Isnin lalu di Kashmir, bantahan serupa menyebabkan 18 orang terkorban apabila penunjuk perasaan bertempur dengan polis. -- Agensi.

17 pembunuhan lain ada kaitan dengan suspek?

BANTING: Bukan empat, bukan sembilan malah 17 pembunuhan sejak beberapa tahun lalu dipercayai boleh dikaitkan dengan suspek-suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi sekutu beliau.

Pendedahan memeranjatkan itu menyusuli langkah polis meneliti laporan awal yang mengaitkan kes pembunuhan dan kehilangan beberapa individu kepada dua peguam adik-beradik yang ditahan baru-baru ini, lapor sebuah akhbar Malaysia, semalam.

Akhbar New Straits Times (NST) berkata, pihaknya difahamkan bahawa polis dan Pejabat Peguam Negara Malaysia telah bertemu beberapa kali sedang siasatan ke atas suspek-suspek itu digiatkan.

Bagaimanapun, difahamkan juga bahawa beberapa siasatan itu terhalang kerana kegagalan mengesan mayat mangsa.

Polis kini sedang berusaha mencari sisa-sisa tulang atau barangan milik peribadi mangsa pembunuhan terbaru para suspek itu di beberapa sungai dan anak sungai di sekitar kawasan Banting.

Sejauh ini, sejak siasatan ke atas pembunuhan Datuk Sosilawati, 47 tahun, dan tiga sekutunya dimulakan, polis menemui sisa-sisa tulang manusia, jam tangan dan dua bilah pisau.

Ujian Asid Deoxyribonucleic (DNA) akan dijalankan ke atas tulang-tulang itu bagi mengenal pasti identiti mangsa.

Hingga kini, polis masih berkhemah di ladang suspek di Sungai Gadung, dekat Tanjung Sepat, dan kawasan sungainya bagi meneruskan siasatan, lapor NST.

Kelmarin, polis menggeledah rumah dan pejabat suspek, sebelum merampas beberapa pemacu cakera komputer dan dokumen yang disimpan suspek.

Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, Ahad lalu, berkata kes empat orang yang pernah dilapor hilang akan disiasat semula berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh keluarga mereka berkaitan dengan dua peguam berkenaan.

Sumber-sumber berkata mereka yang 'hilang' ialah seorang peguam India, Encik Allal Kanthan Muthu Raja, 34 tahun, seorang wanita tempatan dan dua lelaki lain.

Akhbar Utusan Malaysia semalam melaporkan bahawa antara empat mangsa tersebut termasuk juga seorang kakitangan Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Encik K. Celladuran, 50 tahun, yang pernah dilaporkan dibunuh pada 8 Mac lalu.

Pembunuhan itu dipercayai dilakukan oleh empat daripada lapan suspek yang kini ditahan polis berhubung kes pembunuhan Datuk Sosilawati.

Mereka, yang ditahan oleh Polis Bukit Aman, telah diserahkan kepada Polis Daerah Gombak untuk disoal siasat berhubung kes pembunuhan kakitangan Unit Perancangan Setinggan MPS itu.

Encik Celladuran mati ditembak dua lelaki ketika beliau keluar daripada rumahnya, di Jalan 40, Selayang Baru, dekat Kuala Lumpur, untuk ke pejabat.

Polis, dalam kenyataannya sebelum ini, juga tidak menolak kemungkinan suspek yang menembak Encik Celladuran adalah individu sama yang terlibat dalam kes tembak seorang lelaki di Jalan Puchong, dekat IOI Mall, Kuala Lumpur, pada 4 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Penolong Pesuruhjaya (ACP) Abdul Rahim Abdullah, berkata keempat-empat suspek itu diserahkan kepada pihaknya kelmarin.

Semalam, polis berkata ia dan Pejabat Peguam Negara sedang dalam proses menyediakan pertuduhan terhadap para suspek yang ditahan itu, lapor versi dalam talian akhbar The Star.

Dalam perkembangan terbaru semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata pihaknya menganggap kes pembunuhan Datuk Sosilawati berjaya diselesaikan.

Tan Sri Ismail berkata, satu pasukan petugas khas turut dibentuk bagi menyiasat semua kes individu yang dilaporkan hilang yang dianggap berkaitan dengan dua suspek peguam itu.

Beliau juga menegaskan, semua laporan kehilangan individu harus segera disiasat dengan teliti bagi mengelakkan berulangnya insiden yang sama.

Sekilas Dunia

Jiran dituduh bunuh ustazah

SEREMBAN: Jiran seorang ustazah dan anaknya yang ditemui mati di rumah mereka di Port Dickson pada 2 September lalu, semalam dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh dua beranak itu.

Ali Tan Abdullah, 34 tahun, dituduh membunuh Allahyarhamha Norliza Ishak, 35 tahun dan anaknya, Amirul Ayman Mohd Yusof, 10 tahun.

Majistret M. Mageshwary menetapkan 18 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes itu. -- Bernama.


Musharraf mahu lancar parti baru

HONGKONG: Mantan Presiden Pakistan, Encik Pervez Musharraf, semalam berkata beliau akan melancarkan parti baru pada 1 Oktober ini.

Ini untuk merealisasikan usahanya kembali memerintah negara itu yang kini berdepan dengan konflik politik.

Encik Musharraf, yang banyak menghabiskan masa di Britain, berkata beliau bakal kembali ke Pakistan untuk menyertai pilihan raya umum pada 2013. -- AFP.



Kelantan hanya ada satu sultan

KOTA BAHRU: Rakyat Kelantan diminta supaya bertenang dan tidak terkeliru dengan dakwaan bahawa wujudnya dua sultan di Kelantan ekoran pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru di Istana Balai Besar di sini, Isnin lalu.

Jurucakap Istana Kelantan, Datuk Shukri Mohamed, berkata hanya ada seorang sultan di negeri itu iaitu Tuanku Muhammad Faris Petra kerana istiadat pemasyhuran beliau adalah sah di sisi undang-undang dan perlembagaan negeri.

Sebelum ini, kakak Tuanku Ismail Petra, Tengku Merjan Sultan Yahya Petra, mendakwa bahawa Sultan Ismail Petra masih Sultan Kelantan yang sah kerana baginda tidak melepaskan takhta. -- Utusan Malaysia.



Italy rampas harta peniaga mafia

ROME: Polis Italy merampas harta berjumlah AS$1.9 bilion ($2.5 bilion) milik seorang ahli perniagaan, Vito Nicastri, 54 tahun, yang dikatakan mempunyai kaitan dengan kumpulan mafia.

Hasil siasatan polis mendapati, ahli perniagaan terbabit terlibat dalam beberapa perniagaan haram.

Ia dipercayai merupakan rampasan terbesar dalam sejarah yang pernah dibuat oleh polis Italy. -- AP.



Menara Eiffel ditutup seketika ekoran ancaman bom

PARIS: Polis memindahkan lebih 2,000 pengunjung dari Menara Eiffel dan kawasan taman yang menjadi tumpuan di sekitar Paris susulan amaran bom kelmarin.

Menurut polis, syarikat yang menguruskan Menara Eiffel menerima panggilan daripada individu yang tidak dikenali sekitar 8.20 malam (waktu tempatan).

Susulan panggilan itu, unit khas dilengkapi anjing pengesan diarah ke menara tersebut untuk mencari bom di setiap tingkat.

Sebahagian daripada stesen kereta api bawah tanah Saint-Michel, berdekatan gereja Nortre Dame, turut ditutup ekoran amaran bom yang serupa.

Namun, selang tiga jam kemudian, kawasan di sekeliling Menara Eiffel dibuka semula kepada orang ramai apabila tidak ada bom dikesan.

Stesen Saint-Michel turut dibuka semula menjelang tengah malam.

Stesen itu merupakan sasaran serangan pengganas pada 1995, yang menyebabkan lapan orang terkorban.

Ancaman bom itu dibuat selang beberapa jam selepas Parlimen Perancis meluluskan rang mengharamkan pemakaian purdah dan burqa oleh wanita Islam.

Undang-undang itu akan dilaksanakan sepenuhnya awal tahun depan jika keputusan itu tidak ditukar hakim kanan Perancis.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada ancaman bom itu mempunyai kaitan dengan undang- undang baru itu.

Kelmarin, Dewan Senat meluluskan pindaan itu dengan 246 undian menyokong dan hanya satu undi membantah.

Majlis Perlembagaan kini diberi tempoh sebulan untuk mengesahkan sama ada undang- undang itu sah atau tidak.

Jika dilaksanakan, ia memperuntukkan tempoh enam bulan bagi proses penerangan kepada wanita yang sudah memakai purdah atau burqa.

Golongan itu boleh dikenakan denda sebanyak 150 euro ($260) sekiranya pemakaian burqa atau purdah di tempat umum diteruskan.

Suami atau saudara lelaki yang memaksa isteri atau adik beradik perempuan mereka mengenakan pakaian itu boleh dikenakan denda 30,000 euro dan dipenjarakan. -- Agensi.



Tuesday, September 14, 2010

Kes Sosilawati mirip kekejaman pembunuhan Altantuya

KENYATAAN MEDIA
13 SEPTEMBER 2010

Kes Sosilawati mirip kekejaman pembunuhan Altantuya


Kes pembunuhan Datuk Sosilawati Binti Lawiya Abdullah Yusof, pemandu, pegawai bank dan peguam beliau dalam insiden culik, pukul, bunuh dan bakar yang berakhir dengan berita kematian keempat-empat mereka di Morib dua hari lepas, Wanita Keadilan mengecam perbuatan terkutuk ini sebagai sesuatu yang kejam dan zalim. Wanita Keadilan juga merasakan tragedi tersebut merupakan satu lagi kes pencabulan terhadap wanita di negara ini.Perasaan hormat kapada kaum Hawa semakin hari semakin terhakis.

Sebelum ini negara digemparkan dengan berita kematian ngeri seorang model yang dikenali sebagai Altantuya Saribbu beberapa tahun yang lalu.Beliau dibunuh secara kejam dengan letupan bom.Peristiwa pembunuhan kejam dan zalim itu tidak wajar dan ini dengan jelas menunjukan bahawa tahap keselamatan rakyat di negara ini khususnya wanita makin tidak terjamin. Akibat daripada sikap lepas pandang dan tidak komitednya PDRM dalam membuat siasatan dan kegagalan menangkap penjenayah sebenar dalam kes Altantuya, menyebabkan ada pihak yang begitu berani mengambil kesempatan atas ketidakmampuan PDRM menyelesaikan kes pembunuhan tersebut dan juga beberapa kes lain yang melibatkan wanita .Masihkah kita ingat kes pembunuhan Mustakhizah. Jenayah ini berulang lagi hari ini akibat kegagalan kita sendiri memilih kerajaan yang telus, berwibawa, amanah yang tidak mempergunakan institusi kerajaan untuk kepentingan peribadi.

Oleh itu Wanita Keadilan mengecam kes pembunuhan ini dan menyampaikan perasaan simpati dan takziah kepada keluarga allayarhamah dan 3 yang lain. Wanita Keadilan mengharapkan satu bentuk tindakan yang tegas oleh pihak PDRM dan berharap Ketua Polis yang baru dilantik dapat membawa perubahan dalam menjaga keamanan dan keselamatan rakyat Malaysia sekaligus menyegerakan siasatan dan mengheret semua mereka yang bersalah ke muka pengadilan.


YB Hajjah Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita Keadilan Malaysia

---

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya



Monday, September 13, 2010

Tengku Faris Dimasyhurkan Sebagai Sultan Kelantan

PETALING JAYA: Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan baru pada Isnin.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan pemasyhuran itu.

Nik Abdul Aziz membuat pengumuman itu di Balai Rong Seri Istana Balai Besarpada pukul 12.30 tengah hari.


Peguam Disyaki Dalang Bunuh Sosilawati Mahu Sertai MIC

GOMBAK: Peguam bergelar Datuk yang merupakan suspek utama dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain bercadang untuk menyertai MIC, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah.


Saturday, September 11, 2010

Sekilas Berita Malaysia

Musa sudah diberitahu tak lanjut kontrak

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, sudah dimaklumkan lebih awal berhubung keputusan kerajaan tidak melanjutkan kontrak perkhidmatannya sekali gus perkara itu tidak sepatutnya diperbesar-besarkan hingga menimbulkan kontroversi.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Mahmood Adam, menjelaskan beliau sendiri memaklumkan perkara itu kepada Tan Sri Musa kira-kira seminggu sebelum pengumuman pelantikan Ketua Polis Negara yang baru, 1 September lalu. -- BHM.



Dr M: Kemajuan akan hapuskan perkauman

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, yakin sikap perkauman yang menebal di kalangan sesetengah rakyat negara ini akan terhapus sedikit demi sedikit melalui kemajuan yang dicapai negara.

Beliau berkata, jika semua lapisan rakyat pelbagai kaum tidak lagi berasa terancam dan tertekan terutama dari segi ekonomi, mereka akan mudah mengaku bangsa Malaysia, bahkan melupakan asal- usul mereka. -- BHM.


Monday, September 6, 2010

Zam zam di Masjid Nabawi dicampur air biasa?


MADINAH: Seorang pegawai di Masjid Nabawi menolak dakwaan kononnya air zam zam di masjid berkenaan dicampur dengan air biasa.

Pengarah Penyelenggara dan Air masjid itu, Encik Ibrahim bin Mayed, berkata laporan mengenai perkara itu tidak berasas.

Beliau mengulas dakwaan yang berkata, air biasa dicampur dengan air zam zam yang dihantar ke Madinah dari Makkah.

Katanya, ia tidak mungkin boleh berlaku memandangkan air zam zam melalui beberapa peringkat untuk membolehkan ia sesuai diminum sebelum dihantar ke Masjid Nabawi (gambar).

Encik Ibrahim berkata air itu dibersihkan menggunakan sinar ultraungu.

Contoh air diuji di makmal bagi memastikan ia bebas daripada sebarang bakteria berbahaya dan mengikut spesifikasi kesihatan.

Selain itu, air zam zam juga diambil daripada beberapa kawasan, termasuk stesen pengepam dan pengagihan.

Sampel secara rambang juga diambil dari mesin pendingin air.

Semuanya diuji secara menyeluruh di makmal kualiti bagi memastikan ia selamat untuk diminum dan tidak tercemar atau bercampur dengan air biasa.

Encik Ibrahim juga menjelaskan, pentadbiran Masjid Nabawi menyediakan 220 tan air zam zam di lebih 12,000 mesin pendingin air untuk kegunaan pengunjung setiap hari.

Sebagai tambahan, lebih sejuta cawan pakai buang disediakan setiap hari di masjid itu.

Lori tangki yang digunakan untuk mengangkut air itu dari Makkah ke Madinah juga dibersihkan sebelum diisi dengan air zam zam.

Apabila tiba di Madinah, sampel air itu sekali lagi diperiksa sebelum dipam ke tangki bawah tanah.

Tangki itu juga dipastikan kebersihannya.

'Ini membuktikan tidak ada kemungkinan air zam zam itu bercampur air biasa atau tercemar,' kata Encik Ibrahim.

Sementara itu, pemimpin Arab Saudi, Raja Abdullah, kelmarin merasmikan projek perluasan sistem pengagihan air zam zam di daerah Kuday, Makkah.

Projek berkenaan bernilai AS$187 juta ($251 juta).

Menteri Air dan Elektrik, Abdullah Bin Abdul Rahman Al-Hussein, berkata pusat penapisan yang diperluaskan itu boleh menapis lima juta liter sehari. -- Agensi


Sunday, September 5, 2010

Akta Hubungan Kaum? Hapuskan BTN dahulu :KL-SCAH

Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KL-SCAH) mengalu-alukan cadangan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Rais Yatim agar Akta Hubungan Kaum digubal untuk mengelakkan kejadian ketersasulan pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan daripada berulang.

Bagaimanapun, KLSCAH menyeru agar kerajaan menyelesaikan beberapa perkara berikut terlebih dahulu:-

Pertama, hapuskan Biro Tata Negara (BTN) agar minda kakitangan awam tidak lagi diracuni.

Kedua, menandatangani International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination, 1969 daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), untuk menunjukkan kepada masyarakat antarabangsa bahawa negara kita ikhlas dalam membanteras sebarang bentuk perkauman. Malah, kami mengambil langkah yang positif untuk memupuk kesefahaman antara kaum dengan mendidik rakyat.

Kami menyambut baik apabila Rais Yatim membangkitkan idea Akta Hubungan Kaum sekali lagi. Idea ini diketengahkan oleh bekas Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar pada dua tahun yang lalu (September 2008), ketika berlakunya penahanan wartawan, blogger dan pemimpin politik pembangkang di bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), ekoran daripada tercetusnya kontroversi kenyataan "pendatang".

Tanpa diduga, kabinet menolak keputusan penggubalan Akta Hubungan Kaum pada Januari 2009, dengan alasan bahawa perkembangan hubungan kaum adalah positif. Kini, Rais Yatim (gambar kanan) membangkitkan sekali lagi penggubalan akta tersebut, dan menaruh harapan agar pihak berkenaan melaksanakannya.

Akta ini harus berlunaskan "undang-undang anti-diskriminasi", dengan tujuan agar dasar "diskriminasi sifar" diamalkan di sektor awam dan swasta, sama ada ia bergelar Akta Hubungan Kaum mahupun Akta Kesaksamaan Kaum.

Rais Yatim menekankan bahawa "kita memerlukan satu jawatankuasa yang tetap untuk mengawal tingkahlaku kita, mengingatkan kita bahawa sesetengah perkara harus dilarang", dengan alasan bahawa "Melayu, Cina dan India adalah etnik utama yang menjadi komposisi masyarakat Malaysia".

KL-SCAH ingin menambah, bahawa akta anti-diskriminasi bukan sahaja untuk mencegah konflik masyarakat daripada berlaku, tetapi untuk menjamin kedudukan kaum minoriti, untuk mengelakkan penindasan terhadap kaum asli, wanita, buruh asing, pasangan dengan kewarganegaraan asing, orang kurang upaya dan sebagainya.

KL-SCAH menegaskan bahawa, seandainya kita benar ingin mengambil iktibar daripada kejadian ketersasulan pengetua, dan mara ke depan dari kesilapan tersebut, maka kita perlu sedar bahawa punca pokoknya bukan hanya pada pemimpin politik dan undang-undang. Kita perlu insaf dan bertaubat - dari dewan parlimen, aktiviti kempen politik sehinggalah masyarakat sivil.

Gagasan 1Malaysia yang disarankan oleh Perdana Menteri Najib Razak telah biasa kedengaran. Namun, kenyataan perkauman ektremis yang menjejaskan perpaduan masih terkeluar dari bibir -- dari Pegawai Khas Perdana Menteri, sehinggalah pengetua sekolah menengah. Mereka harus diambil tindakan tegas sebagai amaran kepada mereka yang ingin menyusul jejak mereka berdua di atas.

Malah, kandungan klip video Namewee bukan sahaja kasar dan tidak senonoh, malah sarat dengan prejudis terhadap wanita dan muslim. Sesungguhnya ia merupakan insiden yang amat menyesalkan, dan tidak patut digalakkan.

(Kenyataan media oleh Tan Yew Sing selaku Presiden Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor)

Sekilas Dunia

Sekatan baru Jepun atas Iran

TOKYO: Kabinet Jepun semalam meluluskan sekatan baru terhadap Iran, termasuk pembekuan aset lebih 100 kumpulan atau pemimpin yang ada kaitan dengan program nuklear dan mengetatkan larangan ke atas urusan kewangan, lapor Jiji Press.

Pakej sekatan baru itu juga melarang institusi kewangan Jepun daripada membeli bon yang dikeluarkan bank pusat Iran.

Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Canada dan Australia juga mengumumkan sekatan tambahan yang ditentang Russia dan China. -- AFP.



Politik Australia terus buntu

SYDNEY: Kebuntuan politik Australia dijangka masuk ke minggu ketiga apabila tiga anggota parlimen (AP) 'bebas' masih berbelah bahagi tentang parti mana yang akan mereka sokong.

Perdana Menteri, Cik Julai Gillard, kelmain mendapat sokongan AP bebas Tasmania, Encik Andrew Wilkie, sehingga Parti Buruh pimpinannya meraih 74 kerusi, kurang dua daripada majoriti.

Pakatan pembangkang, Liberal-Nasional, pimpinan Encik Tony Abbott, yang kini menguasai 73 kerusi perlukan sokongan ketiga-tiga AP bebas itu.

AP bebas Encik Tony Windsor berkata ketiga-tiga AP itu hampir selesai berunding dengan Cik Gillard dan Encik Abbott. -- AFP.


Friday, September 3, 2010

Pamer logo halal tapi jual minuman keras


HALAL YANG MERAGUKAN: Pekerja premis salah sebuah gerai makanan di Pavillion, Kuala Lumpur, sedang menanggalkan logo 'halal' digerainya itu selepas serbuan pihak berkuasa kelmarin. -- Foto HARIAN METRO

KUALA LUMPUR: Sebuah restoran makanan India di medan selera pusat beli-belah Pavilion di sini diragui status halalnya kerana menyediakan minuman keras walaupun mempamerkan logo halal.

Lebih memeranjatkan, logo halal yang dipamerkan tidak diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Malah, lebih 20 premis menjual makanan di medan selera terbabit turut menggunakan sijil halal yang tidak diiktiraf jabatan berkenaan.

Penolong Pengarah Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Encik Mohd Amri Abdullah, berkata sijil halal yang dikeluarkan Bahtera Lagenda Sdn Bhd itu tidak diiktiraf Jakim sejak 2004.

'Kesemua premis makanan di medan selera ini diragui status halalnya kerana menggunakan sijil yang tidak diiktiraf Jakim, malah sebuah premis yang menjual daging itik turut diragui walaupun mempunyai logo halal,' katanya kelmarin.

Sebelum itu, beliau membuat pemantauan dan pemeriksaan di medan selera terbabit setelah mendapat laporan daripada orang ramai yang meragui logo halal di situ.

Ketika pemeriksaan dilakukan di premis menjual daging itik itu, wakil pengurusan medan selera Food Republic bertindak mengarahkan semua premis di medan selera itu menurunkan sijil halal yang dipamerkan bagi mengelak diperiksa.

Encik Mohd Amri berkata, pengguna perlu berhati-hati ketika menjamu selera di medan selera itu, kecuali di gerai-gerai makan yang memiliki logo dan sijil halal yang dikeluarkan Jakim.

Ia dikesan selepas Jakim melakukan serbuan bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, di medan selera pusat beli-belah terkemuka dan bertaraf enam bintang itu, di Bukit Bintang, kira-kira 3 petang kelmarin.

Setiausaha Kerja PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata pihaknya menerima beberapa aduan pelanggan terutama pelancong dari Timur Tengah berhubung status hidangan yang disajikan di medan selera terbabit.

'Hasil siasatan Unit Syariah PPIM, kebanyakan premis makanan di medan selera itu menggunakan sijil halal yang dikeluarkan sebuah syarikat swasta,' katanya sambil menambah bahawa syarikat terbabit antara enam syarikat yang ditolak sebuah majlis agama Islam negeri berhubung kesahihan sijil halal keluarannya. -- BHM, Harian Metro.


Wednesday, September 1, 2010

Sultan S'gor gantung gelaran Dr Ling

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menggantung gelaran dan penggunaan darjah kebesaran kepada bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik dan bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang, Phang Oi Chooi @ Phang Ai Tu atau juga seringkali dikenali sebagai OC Phang.

Dalam satu kenyataan, setiausaha kerajaan negeri Selangor, Datuk Ramli Mahmud berkata keputusan itu dibuat oleh Sultan Selangor, setelah berunding dengan Dewan di-Raja Selangor yang bersidang pada 19 Ogos lalu.

"Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor membuat keputusan di atas setelah mempertimbangkan bahawa kesalahan-kesalahan yang dipertuduhkan ke atas kedua-dua mereka ini adalah kesalahan serius yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara," kata Ramli.

Ling dikurniakan keahlian darjah kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang membawa gelaran Datuk pada tahun 1992.

Pada 29 Jun lalu, bekas presiden MCA itu didakwa atas pertuduhan mengikut seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan di mahkamah sesyen Putrajaya.

Ling didakwa menipu kerajaan Malaysia dengan memperdaya Jemaah Menteri berhubung pembelian tanah untuk projek ”Mega Distribution Hub” di Pelabuhan Klang.

Dia juga didakwa dengan curang menyembunyikan fakta berhubung penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan ke atas tanah seluas 43,538,200 kaki persegi yang dicadangkannya.

Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Ling bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan membayar ikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin.

Hakim kemudiannya menetapkan 3 September ini sebagai tarikh sebutan kes.

OC Phang pula dikurniakan keahlian Darjah Kebesaran Dato' Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (DSSA) bergelar Datin Paduka pada tahun 2001.

Dia pula didakwa atas pertuduhan di bawah seksyen 409 Kanun Keseksaan di mahkamah sesyen Klang.

Phang, 63, didakwa sebagai pengurus besar yang diamanahkan bagi dana dalam sebuah akaun di RHB Bank Berhad, melakukan pecah amanah membabitkan RM98,700,000 di LPK, Jalan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang antara 1 Okt 2004 dan 5 Sept 2005.

Dia menghadapi dua lagi tuduhan serupa masing-masing membabitkan RM21,600,000 dan RM134,550,000, yang didakwa dilakukan di tempat yang sama antara 30 Sept 2005 dan 9 Mei 2006 dan antara 1 Jun 2005 dan 13 Jan 2006.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan kesnya pula yang sepatutnya bermula di Mahkamah Sesyen di Shah Alam pada 25 Ogos lalu ditangguhkan ke 26 hingga 29 Okt ini.

Menurut kenyataan itu, penggantungan gelaran dan penggunaan darjah kebesaran kedua-dua mereka itu akan disemak semula jika mahkamah memutuskan mereka tidak bersalah dan dibebaskan daripada pertuduhan.