Pages

Tuesday, September 21, 2010

Sembunyi bawah tilam

DUNGUN - Hubungan sulit pasangan penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan yang menjadikan se-buah rumah teres sebagai lokasi berasmara mengundang padah.

Ini sebab, tempat persembunyian mereka di kawasan kediaman penduduk diserbu pihak Penguat kuasa Jabatan Agama Daerah.

Perbuatan sumbang itu terbongkar apabila serbuan dilakukan kira-kira jam 1.20 pagi di rumah bernombor PT 7098 Taman Rakyat Jaya, Gong Pasir Dungun itu membawa kepada penahanan sepasang kekasih berumur 19 tahun yang masih menuntut di IPTA tempatan.

Berikutan itu, pasangan terbabit, Zaki Arif Ahamad, 19 dan pasangannya, Puteri Noor Faten Aroha Ibrahim @ Othman, 19, didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Dungun mengikut Seksyen 31 (a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 dan jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda maksima RM3,000 atau tidak lebih dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Mengikut sebahagian ringkasan kes, kertas pertuduhan yang dibaca Pendakwa Raya Syarie, Azmi Tengah dalam prosiding perbicaraan yang berlangsung pagi semalam, ketika serbuan dilakukan, pintu utama tertutup dan berkunci manakala tingkap tertutup rapat.

Sebaik salam diberikan anggota penguat kuasa, pintu rumah kemudiannya dibuka seorang perempuan (tertuduh perempuan), keadaan dalam rumah ketika itu gelap sebelum anggota penguat kuasa mengarahkan tertuduh membuka lampu.

Selepas pemeriksaan dilakukan mendapati, seorang lelaki (tertuduh lelaki) sedang berbaring di bawah tilam dalam sebuah bilik nombor satu.

Hasil siasatan, pasangan terbabit yang ketika itu difahamkan masih lagi belajar di pusat pengajian tinggi didapati tidak mempunyai hubungan sah sebagai suami isteri.

Selepas mendengar hujah yang dikemukakan Pendakwa raya yang mengambil kira pengakuan dan rayuan yang dibuat kedua-dua tertuduh, Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah akhirnya menjatuhkan hukuman denda RM2,300 atau dua bulan penjara kepada pasangan terbabit.

Kedua-dua tertuduh, Zaki Ariff dari Telok Panglima Garang, Selangor dan pasangannya, Puteri Noor Faten Farah Aroha dari Setiu, Terengganu, masing-masing yang tidak diwakili peguam akhirnya memilih untuk membayar denda untuk membolehkan mereka dibebaskan oleh mahkamah.

1 comment:

Anonymous said...

Kerja budak2 tak ada life ni memang memalukan sesama umat islam ke??Internet ada untuk kemudahan,,bukan mengundang dosa..Tak perlu lah nak mengaibkan orang dengan cara macam ni,,sekali tuhan balas,,keluarga korang yang terkena,,baru korang tahu langit tu tinggi ke rendah!! Setiap orang buat salah,,mungkin diorang salah,,tapi korang tak berhak buat diorang malu..Tapi kalau diorang tak salah,,dah kira fitnah..Kalau kuat agama sangat,,korang patut tahu hukum kalau malukan sesama umat islam atau hukmum fitnah!

Posting Terkini