Pages

Wednesday, June 17, 2009

SEKILAS - DUNIA

Tiga maut di selatan Thailand

YALA: Seorang guru wanita beragama Buddha ditembak mati oleh anggota kumpulan pemisah di wilayah Yala, di selatan Thailand, semalam.

Di wilayah Pattani pula, satu letupan bom mengorbankan dua pegawai polis.

Insiden keganasan di selatan Thailand kian meningkat kebelakangan ini. -- AFP, Reuters.

Kempen jawatan presiden Afghan

KABUL: Presiden Afghanistan, Encik Hamid Karzai, dan 40 calon lain secara rasmi memulakan kempen masing-masing untuk merebut jawatan tertinggi negara itu semalam.

Encik Karzai dijangka memenangi pilihan raya presiden itu bagi penggal kedua.

Tempoh kempen akan ditutup pada 18 Ogos, iaitu dua hari sebelum hari pengundian. -- AP.

Korban pertama H1N1 di Argentina

BUENOS AIRES: Argentina mencatat kematian pertama akibat Influenza A (H1N1) kelmarin, melibatkan bayi berusia tiga bulan, lapor Kementerian Kesihatan negara itu.

Sejak virus H1N1 mula dikesan di Mexico April lalu, lebih 36,000 orang telah dijangkiti di 76 negara dan 163 korban akibat flu itu. -- AFP.

No comments:

Posting Terkini