Pages

Sunday, December 13, 2009

Sekilas Dunia

Militia bebaskan sembilan tebusan

MANILA: Kumpulan militia yang sebelum ini disokong pemerintah telah membebaskan sembilan daripada 57 tebusan yang ditawan di selatan Filipina semalam.

Mereka menuntut agar tuduhan bunuh yang dikena ke atas dua anggota mereka digugurkan sebelum tawanan lain dibebaskan.

Dua suspek itu mendakwa mereka difitnah oleh puak militia lain. -- AP.

Larang merokok sambil berjalan

TAIPEI: Pihak berkuasa Taiwan merancang mengharamkan merokok sambil berjalan di kalangan rakyatnya bagi meningkatkan kesedaran mengenai persekitaran yang lebih bersih dan sihat.

Rancangan pengharaman itu kini sedang dirangka oleh Pentadbiran Perlindungan Alam Sekitar yang turut merangkumkan pengharaman merokok sambil menunggang motosikal atau memandu kereta.

Barah paru-paru dikenal pasti sebagai punca utama kematian di Taiwan. -- AFP.

Raja Kemboja ampunkan pesalah

PHNOM PENH: Raja Kemboja Norodom Sihamoni semalam telah mengampunkan lelaki warga Thailand yang dipenjarakan tujuh tahun atas tuduhan merisik mantan Perdana Menteri Thai, Encik Thaksin Shinawatra, semasa beliau melawat di sini bulan lalu.

Siwarak Chothipong, 31 tahun, seorang kakitangan Perkhidmatan Trafik Udara Kemboja, akan dibebaskan daripada penjara Isnin ini. -- AFP.

10,000 maut akibat H1N1 di AS

WASHINGTON: Pihak berkuasa menganggarkan 10,000 kematian, termasuk kanak-kanak akibat Influenza A (H1N1) di Amerika Syarikat dalam tempoh tujuh bulan sejak kali pertama virus itu dikesan menyerang, April lalu.

Bulan lalu saja, jumlah korban akibat H1N1 di Amerika Syarikat mencecah 4,000. -- AFP.

No comments:

Posting Terkini