Pages

Saturday, December 12, 2009

Sekilas Dunia

Taleban ancam serang Korea S

KABUL: Kumpulan pengganas Taleban mengancam akan menyerang Korea Selatan ekoran keputusan negara itu mengerahkan semula askar ke Afghanistan.

Korea Selatan berikrar menghantar 350 askar ke Afghanistan tahun depan bagi melindungi rakyat yang bertugas sebagai pekerja bantuan kemanusiaan.

Ia telah mengundurkan kesemua 200 askarnya di Afghanistan pada 2007. -- AP.

Presiden diguling diizin ke Mexico

TEGUCIGALPA (Honduras): Pemerintah sementara Honduras berkata ia membenarkan Presiden Manuel Zelaya yang diguling meninggalkan negara dan pergi ke Mexico.

Jurucakap Kementerian Luar, Encik Milton Mateo, berkata surat jaminan itu sudah ditandatangani dan akan dihantar ke Kedutaan Brazil tempat Encik Zelaya berlindung sejak memasuki semula Honduras pada 21 September lalu.

Encik Mateo berkata, pemerintah Mexico sudah menghantar pesawat untuk mengambil Encik Zelaya dan keluarganya. -- AP.

Italy izin jual pil gugur janin

ROME: Pihak berkuasa farmaseutikal Italy (Aifa) kelmarin membenarkan penjualan terbuka pil pengguguran janin meskipun ditentang keras anggota pemerintah dan pihak gereja Vatikan.

Pada 31 Julai lalu, Aifa membenarkan penggunaan pil RU486 sebagai alternatif kepada pengguguran bayi tetapi diarah Jawatankuasa Senat supaya mengkaji semula keputusan itu. -- AFP.

No comments:

Posting Terkini