Pages

Saturday, December 12, 2009

Kes pikat isteri orang ke mahkamah tinggi

KUALA LUMPUR: Kes bekas suami Cik Daphne Iking mendakwa seorang tokoh korporat 'memikat' pengacara dan model itu tahun lalu telah dirujuk ke Mahkamah Tinggi.

Perbicaraan hangat antara tokoh korporat dengan Pengarah Urusan Adidas Malaysia, Encik Darren Choy Khin Ming, 44 tahun, dan bekas suami Cik Daphne, Encik Chong Yiing Yih, 31 tahun, itu diputuskan oleh Majistret Zaki Arif Zubir di Mahkamah Majistret di sini, kelmarin.

Menurut peguam Encik Jagjit Singh dan Encik Akbardin Abdul Kader yang mewakili Encik Choy, Mahkamah Tinggi akan memutuskan tujuh soalan perlembagaan melibatkan diskriminasi gender di bawah Artikel 8(1) dan 8(2) Perlembagaan Persekutuan serta Seksyen 498 Kanun Keseksaan.

Pada 26 Ogos lalu, Encik Choy menerusi Encik Akbardin telah memfailkan perintah rayuan supaya perbicaraan dilakukan di depan majistret lain bagi mengelakkan sebarang prejudis berlaku berikutan sebelum ini Majistret Mohd Faizi Che Abu yang mengambil aduan daripada Encik Chong.

Kes itu didakwa mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan apabila Encik Choy dituduh memikat atau membawa pergi seorang perempuan iaitu Cik Daphne, 31 tahun, yang ketika itu masih isteri Encik Chong dengan niat untuk membolehkannya melakukan persetubuhan yang ditegah, lapor mStar Online.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di B-13-2 The Plaza, Jalan Wan Kadir 3, Taman Tun Dr Ismail di sini, antara Julai 2007 dengan September 2008.

Cik Daphne dan Encik Chong berkahwin pada 27 Januari 2007 di Bali, Indonesia, dan mempunyai seorang anak perempuan, Isobel kini berusia 21 bulan.

Baru-baru ini, Cik Daphne mengesahkan beliau dan Encik Chong telah bercerai secara rasmi.

No comments:

Posting Terkini