Pages

Friday, July 3, 2009

MEDIA INDONESIA RAMAL SBY MENANGI PILIHAN RAYA PRESIDEN

JAKARTA: Presiden Indonesia, Dr Susilo Bambang Yudhoyono, dijangka meraih kemenangan keduanya untuk tempoh lima tahun mendatang dalam pilihan raya presiden negara itu pada 8 Julai ini, demikian menurut laporan media semalam.

Ini akan memberi jalan kepada pelaksanaan pembaharuan dalam ekonomi paling besar di Asia Tenggara itu, kata laporan agensi berita Reuters.

Tiga kumpulan calon presiden- naib presiden akan bertanding untuk merebut jawatan presiden Indonesia tahun ini, menandakan kali kedua negara itu mengadakan pilihan raya presidennya secara langsung.

Dr Yudhoyono, 59 tahun, dan timbalannya, Encik Boediono, 66 tahun, yang juga bekas timbalan gabenor bank pusat Indonesia, akan bertanding menentang gandingan dua kumpulan: mantan presiden Indonesia, Cik Megawati Sukarnoputri, 62 tahun, dan timbalannya, Encik Prabowo Subianto, 58 tahun; dan Naib Presiden Indonesia, Encik Jusuf Kalla, 67 tahun, dan gandingannya, Jeneral Wiranto, 62 tahun.

Sementara itu, Pengerusi Komisi Pemilihan Umum (KPU), Encik Abdul Hafiz Anshary, dipetik oleh versi dalam talian akhbar The Jakarta Post semalam sebagai berkata KPU tiada rancangan mahu menangguhkan pilihan raya presiden Indonesia yang dijadualkan Rabu depan.

Ia sebagai jawapan kepada kenyataan Muhammadiyah bahawa pilihan raya itu mungkin ditangguh kerana persediaan, khususnya senarai pengundi, belum lagi selesai. -- Reuters.

No comments:

Posting Terkini