Pages

Wednesday, July 8, 2009

DAP Kedah sedia sertai semula Pakatan Rakyat negeri

KUALA LUMPUR: DAP Kedah sedia menyertai semula Pakatan Rakyat negeri itu selepas semua isu yang dipertikaikan, termasuk tempat penyembelihan babi dan rumah ibadat diselesaikan hari ini.

Pengerusi DAP Kedah, Thomas Su, berkata beliau sedia menyertai pakatan pembangkang negeri itu selepas bertindak keluar, minggu lalu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Pinji berkata demikian selepas menyertai perbincangan membabitkan Pengerusi DAP, Lim Kit Siang dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak, di sini, petang ini.

Thomas bagaimanapun berkata, perkara itu bagaimanapun harus diputuskan oleh Jawatankuasa DAP Kedah/Perlis selepas ini.

No comments:

Posting Terkini