Pages

Tuesday, July 7, 2009

Anak Michael tidak kenal ibu sendiri

LOS ANGELES - Anak-anak Michael Jackson mengaku tidak pernah mengenali ibu mereka dan mahu tinggal bersama keluarga Raja Pop itu.

Rakan keluarga Michael, Jesse Jackson kelmarin menyuarakan kebimbangannya mengenai kemungkinan bekas isteri Michael, Debbie Rowe menuntut hak jagaan ke atas anak-anak penyanyi itu.

"Ketika ini, Rowe tiada dalam hidup mereka. Mereka tidak mengenalinya dan dia (Rowe) tidak mengenali mereka.

"Saya yakin bahawa anak-anak itu akan lebih terjamin dengan datuk, nenek dan keluarga yang mempunyai hubungan dengan yang mereka kenal," kata Jesse.

Rowe merupakan ibu kepada anak lelaki sulung dan anak perempuan Michael hasil perkahwinan mereka antara tahun 1996 hingga 1999.

Pada Khamis lalu, dalam satu siaran televisyen tempatan, Rowe mengaku merancang untuk mendapatkan hak penjagaan ke atas dua anaknya itu walaupun kemudian peguam beliau mendakwa tiada sebarang tuntutan mahkamah difailkan.

Kes berkaitan hak penjagaan anak-anak bintang kesayangan ramai itu yang dijadualkan didengar mahkamah pada 6 Julai kini ditukarkan pada 13 Julai.

Pada 29 Jun lalu, mahkamah Los Angeles menamakan ibu Michael Katherine Jackson, 79, sebagai penjaga sementara kepada Prince Michael, Paris dan adiknya, Prince Michael II.

No comments:

Posting Terkini