Pages

Friday, April 10, 2009

SEKILAS - DUNIA

Dua pengganas Uighur jalani hukuman mati

BEIJING: China menjalankan hukuman mati ke atas dua lelaki etnik Uighur yang beragama Islam di Xinjiang ekoran serangan 'pengganas' ke atas polis menjelang Sukan Olimpik tahun lalu.

Dalam serangan di bandar Kashgar pada 4 Ogos lalu itu, 17 orang terkorban, sementara 15 lagi cedera.

Kejadian itu merupakan insiden keganasan terburuk pernah berlaku di Xinjiang. -- AFP.

Nuklear: Iran sedia kaji tawaran 'konstruktif'

TEHERAN: Penasihat kanan Presiden Iran, Encik Mahmoud Ahmadinejad, semalam berkata Teheran akan mengkaji tawaran 'konstruktif' oleh enam negara kuasa dunia untuk mengadakan rundingan berkaitan program nuklearnya.

Enam negara kuasa dunia yang diketuai oleh Washington kelmarin mengundang Iran untuk mengadakan rundingan.

Encik Ali Akbar Javanfekr berkata tawaran baru itu menunjukkan terdapat perubahan dari segi pendekatan untuk menghuraikan isu itu. -- AFP.

No comments:

Posting Terkini