Pages

Thursday, March 12, 2009

8 didakwa hina Sultan Perak

PETALING JAYA: Seramai lapan orang akan dihadapkan ke mahkamah kerana menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dalam blog masing-masing.

Enam daripada mereka akan didakwa esok di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Kota Kinabalu dan Butterworth di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Mutlimedia 1988.

Manakala dua yang lain akan didakwa dibawah tuduhan yang sama di Terengganu Ahad ini.

Mereka yang didapati bersalah akan didenda maksimum RM50,000 atau penjara selama setahun atau kedua-duanya sekali, seperti yang tercatat di bawah Seksyen 233(3)akta berkenaan.

Difahamkan, pada 16 Februari beberapa pegawai eksekutif Komunikasi Maklumat daripada pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMK) selepas melihat kewujudan blog serta komen tersebut.

No comments:

Posting Terkini