Pages

Thursday, March 12, 2009

Hadi, A Samad Said antara diminta bantu siasatan polis

KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr Hasan Ahmad adalah antara mereka yang diminta polis untuk membantu siasatan berhubung perarakan pada Sabtu lepas.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Abdul Samah Mat berkata mereka diminta membantu dalam siasatan berhubung perarakan membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam bahasa Inggeris (PPSMI) ke Istana Negara Sabtu lepas kerana perarakan itu tidak mempunyai permit dan melanggar undang-undang di bawah Seksyen 27 Akta Polis 1967.

Beliau juga meminta Timbalan Presiden PAS Nasaruddin Mat Isa serta beberapa pemimpin kanan PAS termasuk Ketua Pemudanya Salahuddin Ayob, Mohamad Sabu dan Datuk Mahfuz Omar serta Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution Ismail untuk membantu siasatan itu.

Selain itu, Prof Shaharir Mohd Zain, Hasni Abas, Abdullah Hasan, Che Shamsudin Othman, Mohammad Faizal Abd Aziz, Aizad Mohd Saleh, Muhammad Haafizuddin Abirerah dan Kamarulzaman Mohamad turut diminta membantu.

Turut tersenarai Shamsul Iskandar Mohd Akin, Suhaizan Kaiat, Ainon Simo@Mohd@Somo, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, Idris Ahmad dan Rozan Azen Mat Rasip.

"Semua individu tersebut diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi atau menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Suhaimi Muhamad di talian 0126927362 atau Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah DSP Lee Foong Koi di talian 0138675507," katanya. BERNAMA

No comments:

Posting Terkini