Pages

Tuesday, January 13, 2009

PAS jangan terlalu yakin


KUALA LUMPUR: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan supaya PAS tidak terlalu yakin untuk mencapai kemenangan pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu 17 Januari ini.

Beliau sebaliknya menasihatkan supaya jentera parti itu bekerja keras untuk memastikan kemenangannya.

"Pada pandangan saya Pakatan Rakyat perlu bekerja sekuat mungkin dan jangan terlalu yakin.

"Kita kena kerja kuat kerana berdepan dengan media yang serong dan tidak berikan ruang kepada kita," katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas ramalan beberapa penganalisis politik tempatan mengenai peluang '50-50' kepada PAS dan BN serta peranan penting pengundi Cina yang dikatakan sebagai penentu kemenangan calon-calon yang bertanding.

Tambah Anwar lagi, ramalan peluang kemenangan '50-50' merupakan jangkaan yang yang cukup selamat untuk semua pihak.

Menurut beliau, media yang dikuasai kerajaan telah digunakan untuk menyebarkan propaganda serta membuat laporan yang tidak adil.

"Cara sesetengah media ini membuat laporan seolah-olah hanya satu parti yang bertandig," katanya.

Mengulas mengenai peranan pengundi Cina, Anwar berkata beliau tidak menolak peranan pengundi-pengundi kaum Cina dalam menentukan kemenangan parti yang bertanding dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu 17 Januari ini.

"Saya tak perkecilkan peranan pengundi-pengundi Cina, tapi undi pengundi Cina di Kuala Terengganu sangat kecil.

"Jadi faktor yang menentukan menang atau atau tidak, masih lagi melalui undi Melayu dan undi Cina itu akan membantu...undi India juga akan membantu," katanya.

Pilihan raya kecil Kuala Terengganu menyaksikan saingan tiga penjuru antara Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (BN), Mohd. Abdul Wahid Endut (PAS) dan Asharudin Mamat @ Adam (Bebas). -mSTAR

No comments:

Posting Terkini