Pages

Tuesday, January 20, 2009

Muthu: Perbicaraan jawatankuasa disiplin MIC mengarut

KUALA LUMPUR 20 Jan. - Sambil menyifatkan perbicaraan jawatankuasa disiplin MIC terhadap beliau sebagai mengarut, Datuk M. Muthupalaniappan hari ini membidas pimpinan parti itu kerana menggunakan perbicaraan itu bagi menyekatnya daripada bertanding jawatan Presiden.

Beliau merupakan satu-satunya calon yang bercita-cita bertanding jawatan presiden pada pemilihan Presiden MIC pada April atau Mei.

“Ia sebenarnya mengarut. Mereka (jawatankuasa disiplin parti) tergesa-gesa untuk mendengar kes saya supaya saya tidak layak daripada bertanding jawatan Presiden.

“Parti telah menetapkan 7 Februari sebagai hari penamaan calon di peringkat cawangan dan jika saya dipecat sebelum tarikh itu, saya tidak dapat bertanding jawatan Presiden.

“Saya adalah Pengerusi MIC Seremban. Hanya pengerusi bahagian boleh bertanding jawatan Presiden.

“Jadi (rancangan mereka adalah jika) mereka dapat mempastikan saya tidak bertanding jawatan pengerusi cawangan, kemudian secara automatik, saya tidak layak untuk bertanding jawatan Presiden," katanya kepada pemberita selepas perbicaraan jawatankuasa disiplin MIC selama 45 minit di ibu pejabat parti itu di sini hari ini. - Bernama

No comments:

Posting Terkini