Pages

Tuesday, January 20, 2009

Azilah kata dia tiada motif bunuh Altantuya

SHAH ALAM 20 Jan. - Tertuduh pertama kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, Cif Inspektor Azilah Hadri, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa dia tidak mempunyai sebarang motif untuk membunuh wanita Mongolia itu.

Dalam keterangan membela dirinya, Azilah, 32, berkata dia tidak mengenali Altantuya dan tidak mungkin melakukan perbuatan “bodoh” (bunuh) itu apatah lagi dia adalah anggota polis.

Katanya, selain daripada memberi bantuan (mengawasi rumah Abdul Razak Abdullah Baginda), dia dan tertuduh kedua, Koperal Sirul Azhar Umar, tidak mempunyai sebarang hubungan peribadi dengan Altantuya dan mereka tidak pernah menerima permintaan serta arahan untuk mencederakan wanita itu. - Bernama

No comments:

Posting Terkini