Pages

Saturday, November 15, 2008

SEKILAS - DUNIA. Viagra untuk 70 tahun ke atas

Hillary Clinton disebut-sebut

CHICAGO: Senator Hillary Clinton disebut-sebut sebagai calon Setiausaha Negara Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Presiden baru, Encik Barack Obama, menurut pegawai Demokrat di sini.

Cik Clinton, mantan Wanita Pertama Amerika, banyak memainkan peranan dalam usaha mengetengah dan mencalonkan Encik Obama bagi pemilihan Presiden.

Khabar angin mengenai Cik Clinton bagi jawatan itu bermula minggu lalu. -- AP.

Viagra untuk 70 tahun ke atas

BANDAR MEXICO: Bandar Mexico akan mengedarkan Viagra dan pil perangsang seks lain kepada lelaki yang berusia 70 tahun ke atas mulai 1 Disember ini.

Setiausaha Kesihatan bandar itu, Encik Armando Ahued, kelmarin berkata golongan itu akan menjalani pemeriksaan kesihatan dulu sebelum diberika pil tersebut.

Dianggarkan terdapat 112,000 lelaki berusia 70 tahun dan ke atas di Bandar Mexico. -- AP.

No comments:

Posting Terkini