Pages

Thursday, November 12, 2009

Sekilas - Dunia

Lanjut izin kapal Australia berlabuh

JAKARTA: Indonesia 'tidak mempunyai masalah' dalam melanjutkan kebenarannya kepada sebuah kapal kastam Australia yang membawa 78 rakyat Sri Lanka yang mahukan suaka untuk terus berlabuh di perairannya, kata kementerian luar Indonesia semalam.

Indonesia akan menimbangkan sebarang permintaan Australia untuk membolehkan kapal Oceanic Viking berlabuh di kawasan perairan di Pulau Bintan, berdekatan Singapura, yang dijadualkan berangkat esok, kata jurucakap kementerian itu, Teuku Faizasyah. -- AFP.

Dr Asri didakwa Jais minggu ini


SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan membuat dakwaan ke atas bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, kerana memberi ceramah agama tanpa mendapatkan kelulusan.

Pengarah perhubungan awam Jais, Encik Mohd Hidayat Abdul Rani, berkata pihak pendakwaan telah menyelesaikan siasatannya dan Dr Asri akan didakwa minggu ini. -- Agensi.

Tidak dibenarkan pandu pesawat

LONDON: Seorang juruterbang pesawat syarikat penerbangan United Airlines telah dihalang daripada memandu pesawat syarikat itu ke Chicago sejurus sebelum ia dijadualkan terbang kerana tubuh beliau didakwa mempunyai paras alkohol lebih tinggi daripada sepatutnya, kata polis Britain awal semalam.

Scotland Yard berkata Encik Erwin Vermont Washington, 51 tahun, dari Colorado, Amerika Syarikat, ditahan selepas para pegawai dipanggil ke pesawat penerbangan United Airlines 949 tengah hari kelmarin. -- AP.

No comments:

Posting Terkini