Pages

Monday, March 2, 2009

Isyarat Abdullah Kekal PM - Penasihat Agama

Perlantikan Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md Zin sebagai penasihat agama kepada Perdana Menteri berkuat-kuasa hari ini dilihat sebagai isyarat bahawa Datuk Seri Abdullah Badawi tidak akan melepaskan jawatan Perdana Menteri dalam masa terdekat. Sumber yang rapat dengan Abdullah menggatakan bahawa sekalipun tidak menjadi presiden UMNO (selepas pemilihan agong umno, Mac ini) Abdullah Badawi tidak akan melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Najib sekurang-kurangnya sehingga pru-13.

Dr. Abdullah Md Zin yang dilantik sebagai penasihat agama PM adalah juga Ahli Parlimen Besut. Beliau menggantikan Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman yang memegang jawatan itu sejak Januari 2001.

Abdullah, 62, sebelum melibatkan diri dalam politik pada tahun 2004 adalah Timbalan Rektor (Akademik dan Penyelidikan) Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM).

Berkelulusan doktor falsafah dalam bidang Dakwah dan Tasauf daripada University of Kent, England pada tahun 1990, beliau adalah anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno dan Timbalan Pengerusi Biro Agama Umno.Beliau adalah juga lulusan ijazah Sarjana Muda Usuluddin daripada Madinah University, Madinah, Arab Saudi dan Syariah daripada Al-Azhar University, Kaherah, Mesir.

3 comments:

pemanduteksi said...

Kalau betul Pak Lah nak letak jawatan, kenapa pulak dia lantik penasihat untuk bekerja bagi tempoh sebulan jer..??? hehehe..nganga la lu Najib..

Raj SriVijaya said...

Syabas AAB, kerana lebih prihatin kepada kepenting Rakyat, Negara dan Raja...Ini ada Petanda bahawa Kerajaan dan Parti dibawah kepimpinan AAB akan dibersihkan dan sekaligus TPM akan dipecat dan didakwa dimahkamah degan berbagai2 dakwaan.....Bravo ! ! ! Hidup AAB, hidup Rakyaat, Hidup Raja dan Hidup UMNO, dan Hidup PR selaku parti Pembangkan yang berkaliber .....

syahir said...

We dont know what AAB plan for Malaysia's future. maybe he gonna show us that he still focusing on "pembangunan Ummah". I hope he do the right decision and cant easily be interfered by his victim in UMNO. Together we pray to Allah..

http://syahirisme.blogspot.com

Posting Terkini