Pages

Monday, August 22, 2011

Sekilas Dunia


Juruterbang maut semasa pertunjukan
KANSAS CITY: Seorang juruterbang aksi nekad maut dalam nahas ngeri ketika pertunjukan udara selepas pesawatnya gagal menamatkan aksi dan terhempas ke tanah, pagi semalam.

Jurucakap Jabatan Penerbangan Missouri, Encik Joe McBride, berkata juruterbang itu gagal melakukan aksi berlingkar-lingkar dan menyebabkannya terhempas di kawasan lapangan terbang pada sekitar 1.45 petang waktu tempatan.

Tiada penonton mengalami kecederaan dalam nahas yang pertama sepanjang Ekspo Pertunjukan Udara Tahunan Kansas City itu. -- Agensi.

Kim Jong-il lawat stesen tenaga hidro Russia
MOSCOW: Pemimpin Korea Utara, Encik Kim Jong-il, semalam melawat stesen tenaga hidro di wilayah Amur, dalam rangka lawatan seminggu di Russia.

Semasa rangka lawatan itu, Encik Kim antara lain akan mengadakan sidang bersama Presiden Dmitry Medvedev.

Ia diadakan sedang Pyongyang berusaha mendapatkan ikrar bantuan menjelang rundingan nuklear enam pihak yang dijangka disambung semula. -- AFP, AP.

Liga Arab bincang krisis Jaluran GazaKAHIRAH: Liga Arab akan mengadakan satu mesyuarat tergempar hari ini berhubung situasi di Jaluran Gaza ekoran siri serangan udara dari Isreal.

Timbalan Ketua Liga Arab, Encik Ahmed Ben Helli, berkata mesyuarat tersebut diadakan bagi melakukan pemeriksaan terhadap keadaan Gaza akibat pencerobohan berterusan yang dilakukan Isreal. -- Agensi.



No comments:

Posting Terkini