Pages

Monday, March 28, 2011

Presiden Yaman khuatir tercetus perang saudara


SANAA: Presiden Yaman yang dilanda masalah, Encik Ali Abdullah Saleh, berkata beliau tidak mahu berpaut pada kuasa dan memberi amaran bahawa hanya rundingan boleh menyelamatkan negara itu daripada terjerumus ke dalam perang saudara.

'Saya tegaskan lagi bahawa saya tidak akan terus berpaut pada kuasa,' kata Encik Saleh dalam satu temu ramah dengan televisyen Al-Arabiya, yang transkripnya disiarkan agensi berita negara Saba, semalam.

Sebagai menggambarkan cabaran yang dihadapi Yaman, beberapa orang disyaki penembak daripada rangkaian Al- Qaeda membunuh enam askar dalam serangan ke atas konvoi tentera di wilayah Marib, di timur Sanaa, kata satu sumber.


Serangan itu dibuat sehari selepas tentera Yaman berkata ia membunuh enam anggota cawangan Al-Qaeda tempatan di wilayah selatan Abyan, kubu kuat rangkaian itu.

'Saya telah 32 tahun memerintah... Ini pengalaman yang ingin saya alihkan secara aman kepada rakyat, bukan melalui huru-hara,' katanya merujuk kepada pemberontakan antirejim yang menggegar Yaman selama dua bulan.

'Saya akan mengalihkan kuasa kepada rakyat, sumber dan pemilik kuasa itu,' kata Encik Saleh, sambil memberi amaran bahawa Yaman ada 'bom jangka' dan boleh terjerumus ke dalam perang saudara seperti Somalia.

'Jika kami tidak bertindak, bersama negara-negara lain yang ramah dan berniat baik, untuk merapatkan jurang dan memulakan rundingan politik, akan terjadi perang dingin yang akan mengganggu seluruh rantau ini.'Mereka sepatutnya telah belajar daripada apa yang berlaku di Somalia.' - AFP.

No comments:

Posting Terkini