Pages

Thursday, March 24, 2011

CheguBard ‘dipelawa’ Datuk T tonton video lucah dua kali

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Pusat Badrul Hisham Shaharin hari ini mendakwa salah seorang Datuk ‘Trio’, Datuk Shazryl Eskay Abdullah menayangkan video lucah yang mengaitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Anwar Ibrahim kepadanya sebanyak dua kali.
Malah Badrul, atau dikenali CheguBard berkata selepas menonton video tersebut Datuk T juga menyuruhnya agar satu salinan diberikan kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
“Tujuan saya dipanggil Datuk T pada ketika itu adalah untuk diberi sesalinan video untuk ditunjukkan kepada Wan Azizah dan mengemukakan desakan agar beliau dan Ketua Umum PKR berhenti dan meninggalkan politik,” katanya dalam sidang media di Dewan Perhimpunan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor di sini hari ini.

Beliau berkata sebelum pertemuannya pada 21 Mac lalu (tarikh yang sama video tersebut didedahkan kepada media) di Hotel Shangrila di sini, beliau menerima satu panggilan daripada seseorang yang menawarkannya berjumpa Datuk T dan menonton video tersebut.
Beliau yang bersetuju pergi bersama rakan karibnya yang juga seorang ahli Umno menunggu di hadapan Institut Jantung Negara (IJN) seperti yang diarahkan pemanggil misteri itu kira-kira pukul 8 malam.
“Kami dibawa ke Hotel Shangrila dan bertemu dengan tiga orang di sana selain dari beberapa orang yang dipercayai pengawal peribadi yang bertugas untuk Datuk T.
“Sebelum memasuki bilik kami diperiksa badan dan diminta menanggalkan telefon tangan kepada pengawal.
“Datuk T memperkenalkan dirinya dan bersama beliau adalah Tan Sri Rahim Thamby Chik dan seorang tua yang tidak dikenali,” katanya.

Berpura-pura setuju jadi ‘orang tengah’
Katanya, bagi mendapatkan video tersebut beliau berpura-pura bersetuju menjadi ‘orang tengah’ kepada Wan Azizah selepas diterangkan Datuk T tentang kandungan video itu.
“Walau bagaimanapun ianya terbantut setelah Datuk T meminta ruangan untuk menayangkan video itu sendiri kepada Wan Azizah,” katanya.
Namun CheguBard dalam kenyataan medianya hari ini berkata terdapat beberapa percanggahan kenyataan Shazryl dan Rahim semasa pertemuannya pada 21 Mac lalu dengan sidang media Datuk Trio itu semalam di Hotel Impiana.
Antaranya menurut CheguBard, Rahim menipu kerana dalam sidang media semalam mengatakan Rahim merancang semua tetapi ketika bersamanya beliau mengatakan ini kali pertama menonton setelah pulang dari luar negara untuk percutian keluarga.
Beliau juga yakin individu dalam video tersebut bukan Anwar berdasarkan gerak geri dan perwatakan yang diketahuinya sepanjang beliau mengenali Anwar.
Namun ketika ditanya sama ada beliau pernah ditawarkan sebarang bayaran atau menerima ugutan daripada pihak Datuk Trio untuk dijadikan sebagai ‘orang tengah’, beliau menafikannya.
Malah beliau juga menafikan tidak mengenali Shazryl secara rapat sebelum video tersebut didedahkan.
“Saya bersetuju untuk tengok video itu kerana saya nak tahu kebenarannya,” katanya.

No comments:

Posting Terkini