Pages

Monday, October 4, 2010

Cuba letup Times Square NY: Lelaki mungkin dihukum penjara seumur hidup

NEW YORK: Warga Amerika Syarikat berketurunan Pakistan yang mengaku cuba meletupkan bom di kawasan Times Square New York, ini akan menghadapi hukumannya esok.

Dalam hal ini, pihak pendakwa raya telah meminta mahkamah mengenakan hukuman penjara seumur hidup ke atasnya.

Faisal Shahzad, yang menetap di Connecticut dan menjalani kehidupan berkeluarga seperti warga Amerika lain sebelum menceburi kegiatan militan, mengaku bersalah pada Jun lalu terhadap rancangannya meletupkan tempat itu pada 1 Mei lalu.

Rancangan serangan bom itu dan pendedahan bahawa kumpulan Taleban di Pakistan adalah dalangnya menjejas hubungan antara Amerika dengan Pakistan, di samping menambahkan kebimbangan di Amerika mengenai apa yang disifatkan sebagai kemunculan para pengganas dalam negara itu sendiri.

Shahzad, 30 tahun, sewaktu muncul di mahkamah baru-baru ini mendakwa dia melakukan jenayah itu sebagai membalas dendam terhadap langkah tentera udara Amerika mengebom wilayah utara Pakistan.

Para pendakwa berkata tidak wajar dia ditunjukkan belas kasihan.

Bom dalam kereta SUV yang dipandunya di luar sebuah panggung di Times Square gagal meletup, tetapi boleh menghasil kemusnahan besar. -- AFP.



No comments:

Posting Terkini