Pages

Wednesday, February 3, 2010

Israel lancar serangan udara di Gaza

GAZA: Israel melancarkan serangan udara di Semenanjung Gaza lewat malam ke atas terowong di sempadan Mesir dan bangunan lapangan terbang yang ditinggalkan, kata saksi Palestin.

Tiada kenyataan segera daripada tentera Israel mengenai serangan itu yang dilancarkan sehari selepas dua alat letupan yang dikatakan berasal dari Gaza yang ditadbir Hamas hanyut ke perairan Israel.

Tiada laporan segera mengenai kecederaan daripada serangan udara itu ke atas lapangan terbang Gaza yang ditinggalkan dan terowong yang Israel dakwa digunakan untuk menyeludup senjata ke wilayah itu.

Serangan itu dilancarkan sejurus selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, memberitahu sidang media bersama Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, bahawa Israel akan bertindak balas terhadap penemuan alat letupan itu di pantai negaranya.

Militan Palestin dari kawasan yang dikepung itu mengaku bertanggungjawab terhadap cubaan serangan yang disifatkan Israel sebagai pelik kerana serangan sebelum ini membabitkan tembakan roket dari Gaza.

Kumpulan Jihad Islam berkata mereka menghanyutkan alat letupan itu ke laut dalam operasi bersama dua kumpulan lain termasuk Brigade Jihad Al-Aqsa dari Fatah pimpinan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas. - Reuters

No comments:

Posting Terkini