Pages

Saturday, January 30, 2010

Pejabat Dato' Seri Anwar Ibrahim

Dato' Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri sesi perbicaraan di Mahkamah Tinggi, Kompleks Jalan Duta. Beliau didakwa di bawah seksyen 377B Kanun Jenayah. Pendakwaan ini sebagaimana kes tahun 1998 lalu, menerima bantahan meluas baik dari dalam mahupun luar negara kerana didasari motif politik untuk menghalang kemaraan rakyat menuntut Perubahan. Dato' Seri Anwar Ibrahim dilihat antara tokoh utama yang menggembeling hasrat rakyat, baik pada tahun 1998 mahupun pada pasca Pilihanraya Umum 2008.

Berikut adalah butiran sesi perbicaraan tersebut:

Tarikh: Hari Selasa, 2hb Feb. 2010.

Masa: 8.30am.

Tempat: Aras 5, Mahkamah Tinggi Jenayah 3, Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Terima kasih.

Pejabat Dato' Seri Anwar Ibrahim




No comments:

Posting Terkini