Pages

Friday, January 29, 2010

2 beradik, rakan mengaku tidak bersalah bakar gereja

KUALA LUMPUR: Dua beradik dan seorang rakan mereka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan melakukan khianat dengan api dengan membakar bangunan tempat beribadat iaitu Gereja Metro Tabernacle awal bulan lalu.

Raja Muhammad Faizal Raja Ibrahim, 24, dan adiknya, Raja Muhammad Idzham, 22, serta Azuwan Shah Ahmad, 23, masing-masing berkerja sebagai penghantar surat, mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu.

Hakim SM Komathy Suppiah menetapkan 12 Mac ini untuk sebutan dan membenarkan setiap tertuduh dijamin RM20,000 tetapi hanya perlu mendepositkan RM10,0000 dengan seorang penjamin.

Raja Muhammad Faizal dilihat mengalami kesan melecur di badannya, dpercayai akibat terkena api ketika kejadian itu dan dia juga memakai tiub kencing di sebelah kanan pinggangnya, dipercayai akibat jangkitan kuman.

No comments:

Posting Terkini