Pages

Wednesday, December 9, 2009

Sekilas - Dunia

Utusan Amerika ke Pyongyang

SEOUL: Utusan khas ke Korea Utara yang pertama daripada pentadbiran Presiden Barack Obama telah berlepas ke Pyongyang semalam bagi menggesa negara Komunis itu kembali ke meja rundingan berkaitan program nuklearnya.

Encik Stephen Bosworth dilaporkan bakal membuat penilaian sama ada Korea Utara benar-benar ingin menyambung semula rundingan. -- AP.

10,000 polis kawal tunjuk perasaan

JAKARTA: Indonesia akan mengerahkan 10,000 pegawai polis bagi mengawal tunjuk perasaan antirasuah yang dijadualkan diadakan hari ini.

Tindakan itu diambil selepas Presiden Susilo Bambang Yudhoyono kelmarin memberi amaran bahawa terdapat kumpulan yang ingin menggunakan tunjuk perasaan itu untuk menggulingnya. -- AFP.

Bayi, dua wanita maut akibat H1N1

BANDAR GAZA: Seorang bayi dan dua wanita terkorban di Gaza selepas disahkan dijangkiti virus Influenza A (H1N1), kematian pertama akibat virus di Jaluran Gaza.

Di Tebing Barat pula, sekurang-kurangnya 1,250 kes H1N1 telah dilaporkan, dengan sembilan kematian.

Di Israel, 67 orang telah terkorban daripada 8,539 kes H1N1 yang disahkan. -- AFP.

No comments:

Posting Terkini