Pages

Thursday, December 10, 2009

Samy Vellu berhasrat jadi presiden sampai mati?

PETALING JAYA, Dis 10 — Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu yang sebelum ini disebut-sebut akan bercuti selama dua bulan mulai awal tahun depan — dilihat sebagai sebahagian daripada proses peralihan kepimpinan — akan terus menerajui parti itu sekurang-kurangnya sehingga pertengahan tahun 2010.

Sehubungan itu, Samy Vellu (gambar) berkata beliau menangguhkan hasrat untuk bercuti kerana terlalu sibuk dengan siri program parti yang akan dijalankan bagi memperkukuhkan kepimpinan MIC di pelbagai peringkat mulai bulan ini.

-- Dasar pembelit... Kempunanlah Palanivel nak jadi presiden selagi Samy masih hidup. Samy nak jadi presiden sampai mati.... Melomponglah Lu Pala...!!!

Malah, Samy Vellu juga tidak mengesahkan spekulasi bahawa beliau akan bersara daripada menerajui MIC menjelang Jun depan.

"Itu (bersara Jun) saya akan mengumumkan kemudian," katanya

Samy Vellu, Presiden MIC paling lama memegang jawatan itu menjelaskan beliau akan "sibuk dengan banyak program sepanjang tiga hingga empat bulan akan datang."

"Tempoh tiga hingga empat bulan akan datang adalah masa yang sibuk bagi MIC," kata Samy Vellu, bekas menteri persekutuan, antara empat calon kerusi Parlimen MIC yang tewas dalam pilihan raya umum Mac 2008.

"Sepanjang tempoh Januari hingga Mac kita akan menjalankan program-program untuk melatih pemimpin dan memperkukuhkan cawangan-cawangan MIC.

"Jadi tiada cuti bagi saya (sehingga April 2010), saya tidak boleh pergi bercuti," tambah beliau.

September lalu, Samy Vellu menyebut bahawa beliau akan pergi bercuti selama dua bulan untuk memberi latihan kepada penggantinya.

Ketika ditanya sama ada beliau sudah membincangkan isu peralihan kuasa dengan Palanivel, Samy Vellu yang menerajui MIC sebagai Presiden sejak 1981 memberitahu, "beliau (Palanivel) sedia mengetahui perkara itu."

Samy Vellu juga sebelum ini menyatakan kesediaannya untuk berundur dan menyerahkan tampuk kepimpinan parti itu kepada Palanivel pada bila-bila masa jika beliau sanggup menerajui MIC.



No comments:

Posting Terkini