Pages

Sunday, December 13, 2009

Kedi Tiger Woods nafi ketahui kisah hubungan sulit

WELLINGTON: Kedi Tiger Woods, Steve Williams semalam tampil di sebalik kontroversi kisah hidup pemain golf nombor satu dunia itu dengan mengakui kisah hubungan sulit Woods dengan dunia golf tidak pernah ada kaitan.

Dalam akhbar Sunday New, di sini, Williams, seorang rakyat New Zealand menafikan mengetahui mengenai hubungan sulit Woods dengan wanita lain.

"Saya seorang yang ikhlas. Saya tiada ada sebarang pengetahuan mengenai perkara yang berlaku ketika ini. Kalau ada, tentu saya akan memberitahunya," katanya.

Williams berkata, beliau marah apabila seorang pemberita sukan terkenal di Amerika Syarikat mengesyorkan beliau disingkir daripada menjadi kedi golf kerana bersekongkol dengan Woods.

"Dia mencadangkan agar saya digugurkan kerana sukar mempercayai tanpa pembabitan dan pertolongan saya, hubungan sulit itu tidak akan menjadi kenyataan," katanya.

Williams berkali-kali menafikan beliau mengetahui senarai wanita simpanan Woods serta berlakunya insiden buruk antara beliau dengan keluarganya di New Zealand.

"Mereka tidak mengetahui bahawa saya hanya bekerja dengan Tiger Woods.

"Saya tinggal di New Zealand, saya keluar dari sini hanya untuk menjadi kedi kepada Tiger Woods. Saya tidak bersamanya sepanjang 24 jam atau tujuh hari seminggu.

"Walaupun saya bersahabat baik dengannya, saya tidak tahu apa yang dilakukan Woods selepas keluar dari padang.

"Ada kalanya kami keluar makan malam, mungkin perhubungan itu berlaku ketika dia tidak bermain.

"Bila dia tidak bertanding, saya pulang ke New Zealand," katanya.

Woods, yang kini dikaitkan menjalin hubungan sulit dengan lebih 10 wanita, mengakui Jumaat lalu bahawa dia membohongi isterinya, Elin Nordegren dan mengumumkan untuk berehat buat sementara.

Williams berkata, Woods pernah mengakui kepadanya bahawa dia mempunyai masalah dan mahu berehat sementara waktu untuk menyelamatkan rumah tangganya.

Ditanya sekiranya Woods meninggalkan sukan golf dan masa depannya sebagai kedi, beliau berkata: "Saya selalu berkata, kerjaya kedi saya yang terakhir adalah bersama Woods saja.

"Saya komited dengannya. Saya memahami dia memerlukan tempoh masa untuk menyelesaikan masalah peribadinya, berilah dia peluang," katanya. - AFP

No comments:

Posting Terkini