Pages

Thursday, December 17, 2009

Bolih Percayake Kenyataan Ini?

SPRM Akan Pastikan Keselamatan Saksi, Suspek Yang Disoal Siasat

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memastikan semua saksi dan suspek yang disoal siasat selamat sepanjang berada di bawah jagaannya, menurut Suruhanjaya itu dalam satu kenyataan di sini hari ini.

"SPRM mengharapkan kerjasama dan sokongan berterusan daripada semua pihak supaya ia dapat menjalankan tanggungjawab dengan profesional dalam memerangi jenayah rasuah," tambah kenyataan itu yang menyusuli keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang menetapkan bahawa SPRM boleh menyoal siasat saksi selepas waktu pejabat. - BERNAMA

PERINGATAN: Teoh Beng Hock, 30, yang merupakan setiausaha politik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam semasa beliau berada dalam masa siasat SPRM di pejabat SPRM...!!!





No comments:

Posting Terkini